SEJAK akhir-akhir ini, penyanyi kelahiran Singapura Aliff Aziz menjadi perhatian ramai selepas dilihat sering menayangkan gambar mesra bersama seorang gadis yang dikenali sebagai Bella Astillah.
Rupanya dalam diam, Aliff akhirnya mengakui sedang dalam perancangan untuk mengikat tali bertunangan bersama kekasihnya pada hujung tahun ini.
“Dalam masa terdekat, saya mahu fokus kepada promosi album terbaru saya. Bella pula masih lagi belajar dan pengajiannya bakal tamat pada April tahun hadapan. Insya-Allah jika jodoh kami panjang, kami merencana untuk bertunang pada bulan Disember ini,” katanya kepada Murai.
Becerita tentang kekasih hatinya, Aliff menyifatkan dia sangat bertuah kerana memiliki hati gadis dari Sabah itu.
“Saya mengenali Bella sudah hampir tiga tahun. Tetapi saya hanya mulai rapat dengan Bella pada akhir tahun lalu, selepas kami bejumpa di sebuah acara. Dari situ, saya mulai berkawan dan rapat.
“Bella merupakan seorang gadis yang sangat baik dan memahami saya. Dia juga tidak gagal memberi sokongan buat saya,” ujar Aliff
Sementara itu, Aliff akui kini mahu melupakan kisah silamnya yang banyak terpalit dengan pelbagai cerita kontroversi dan mahu berusaha untuk menjadi seorang insan yang lebih baik kelak. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE
Sumber: Murai