Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mukhriz Mahathir Jual Saham...

KUALA LUMPUR - Pengasas Opcom Holdings Bhd., Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menjual 43,600...

Pameran Doraemon Tak Diluluskan...

PUTRAJAYA - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menafikan pameran lukisan bertemakan kartun animasi...

Mayat Kanak-Kanak Jatuh Sungai...

ALOR SETAR - Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemukan hari ini,...

Paderi Ditahan Cabul Gadis...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seorang lelaki yang juga paderi bagi membantu siasatan...

Allahyarham Omardin Mauju Pejuang Bidang Persilatan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemergian ke rahmatullah Tan Sri Omardin Mauju merupakan satu kehilangan besar kepada bidang persilatan negara dan sukar untuk dicari ganti.

Beliau berkata Allahyarham Omardin, pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), ketika hayatnya telah membangunkan seni silat lincah sebagai sebuah pertubuhan yang begitu dihormati dan disegani.

“Saya mengenali Allahyarham begitu dekat lagi sekian lama. Ini satu kehilangan yang amat sukar diganti dalam seni silat lincah.

“Secara peribadi, saya kehilangan sahabat karib pada diri saya. Saya amat menghargai apa yang telah Allahyarham lakukan atas nama agama dan bangsa Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi jenazah Allahyarham Omardin di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin Mauju di Sunway Batu Caves di sini hari ini.

Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira setengah jam dengan turut menunaikan solat jenazah dan berdoa bersama-sama ahli keluarga dan rakan Allahyarham serta pengikut seni silat lincah tersebut.


Turut menziarahi ialah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Jenazah Allahyarham kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Puah kira-kira pukul 3 petang.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Tawakal di sini pada pukul 3.20 pagi tadi, akibat komplikasi buah pinggang.

Omardin dipilih sebagai penerima pertama Anugerah Pendekar Malaysia pada Julai 2011 yang disampaikan Najib pada majlis perhimpunan PSSLM sempena 50 tahun pertubuhan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori