Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

VIDEO: Khemah Jemaah Haji...

ALHAMDULILLAH. Itulah ungkapan terbaik yang boleh diucapkan oleh para jemaah yang menunaikan haji...

Taman Tema Angry Bird...

Angry Bird sememangnya nama besar dalam dunia games.Popularitinya membuatkan produk dan barangan berimej Angry Bird...

DAP Kata Melayu Tak...

KUALA LUMPUR - DAP mendakwa kaum Melayu negara ini tidak lagi mempedulikan tentang...

Cool! Samsung Galaxy S7...

PERANTI iPhone yang didatangkan dengan rona emas dan juga gold rose, pastinya membuatkan pengguna...

Amber Chia Berazam Mahu Puasa Penuh Pada Bulan Ramadan

PENAMPILAN pelakon dan supermodel terkenal, Amber Chia yang tampil berhijab di Festival Hijab Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIHF) 2015 baru-baru ini menarik perhatian ramai yang rata-ratanya menberi komen positif.

Bagi Amber, niatnya mengenakan hijab adalah kerana ingin memahami dan merasai sendiri perasaan seorang muslimah.

“Sebagai rakyat Malaysia di mana negara kita mempunyai pelbagai kaum dan agama, saya kira tidak salah jika saya sendiri mengalami pengalaman setiap agama di negara ini.

“Ada kawan-kawan luar negara yang bertanya kepada saya beberapa perkara dan mempersoalkan kenapa saya pakai tudung dan saya terangkan pada mereka yang saya mahu rasa sendiri pengalaman bertudung.

“Pada saya, individu bukan Islam memakai hijab atau tidak merupakan satu pilihan,” katanya.

1 (1) (1)

Pada masa sama, Amber mengakui semakin suka mengenakan hijab kerana berasa sangat tenang selain dapat memahami agama dan budaya Islam.

Selain itu, bintang kelahiran negeri Perak ini juga menyatakan keazamannya untuk berpuasa penuh pada bulan Ramadan.

Menurutnya, ketika menjayakan satu kerja amal dua tahun lalu dia pernah merasai pengalaman berpuasa selama 10 hari.

1 (1) (2)


“Tahun ini saya mahu cuba berpuasa selama 30 hari. Saya nak rasa sendiri pengalaman bagaimana jika tiada makanan.

“Selain itu, berpuasa ini sebenarnya bagus juga sebagai amalan berdiet.

“Saya sebenarnya tidak kisah jika tidak makan cuma saya tidak tahan dahaga. Dua tahun lalu saya ada cuba berpuasa, cuma saya jadi sangat tidak bermaya kerana terlalu dahaga.

“Namun, pada tahun ini saya mahu cuba lagi. Saya juga mahu rasa pengalaman bangun bersahur,” katanya.

Alahai, rasa bangga pula terhadap Amber Chia yang sama-sama cuba berpuasa meskipun bukan beragama Islam.

Semoga apa yang impian Amber Chia untuk berpuasa penuh terlaksana. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: FARAH

Sumber: Malaysian Digest

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori