Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kedah Nafi Mat Don...

ALOR SETAR - Kedah menafikan bahawa pemain kesayangan mereka Liridon Krasniqi bakal berhijrah...

Zahid Dijadual Menghadap Agong,...

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijadual menghadap Yang...

Kejadian Bilal Dibakar Diklasifikasi...

ALOR SETAR - Kes simbah dan bakar bilal Masjid Al Hasanah, Taman Rakyat...

Tujuh Maut, 67 Cedera...

POKROVSK: Pasukan penyelamat menjalankan kerja-kerja pencarian mangsa di lokasi kejadian serangan ke atas...

AMK Dakwa Gaji Penjawat Awam Tidak Cukup Bayar PTPTN

KUALA LUMPUR – Tindakan memotong gaji 163,007 penjawat awam bagi membayar tunggakan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak munasabah.

Pengarah Strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir mendakwa, gaji penjawat awam tidak mencukupi untuk menanggung pemotongan gaji tersebut.

“Tekanan ekonomi rakyat memuncak. Harga minyak yang naik setiap bulan dan ura-ura kenaikan kadar tol memburukkan lagi tekanan kos sara hidup rakyat biasa.

“Adakah gaji yang diterima penjawat awam memadai untuk menanggung semua ini dan kini berdepan dengan potongan gaji,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Akmal dalam pada itu menyalahkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam tindakan pemotongan gaji tersebut.

Dakwanya, Khairy Jamaluddin sebelum ini yang memberi desakan hebat agar tindakan tatatertib dikenakan terhadap penjawat awam yang membuat pinjaman PTPTN.

“Beliau gagal melihat masalah ini dari sudut yang luas iaitu bayaran balik pinjaman PTPTN tidak memuaskan adalah disebabkan ketempangan sistem itu sendiri.


“Beliau sepatutnya meneliti mengapa rakyat membuat hutang bagi melanjutkan pelajaran dan mengapa terdapat elemen membuat keuntungan dalam pendidikan tinggi,” dakwanya.

Justeru, katanya, AMK berpendapat setiap rakyat berhak menerima pendidikan percuma.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa semalam memberitahu, seramai 163,007 penjawat awam yang tidak pernah membuat pembayaran dan tidak konsisten menyelesaikan pinjaman PTPTN akan menerima surat pemotongan gaji dalam masa terdekat.

Beliau berkata mengikut pecahan kategori, penjawat awam pelbagai gred (kecuali Gred Jusa C, Gred 54 dan Gred 28) yang tidak pernah membuat pembayaran adalah sebanyak 32,803 orang. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • PTPTN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori