Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jangan Perkecil Soal Perpaduan...

BELURAN - Soal perpaduan tidak harus diperkecil, tidak harus tidak diendahkan kerana nilai...

PRU14 Tidak Akan Berlangsung...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan yang tular disebarkan di media...

Ummah Rancang Himpunan Gergasi...

KUALA LUMPUR - Mana-mana pihak yang cuba bersekongkol dengan agenda untuk menggugat kedaulatan...

Henti Monopoli Bekalan Barangan...

LABUAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang mempertimbangkan...

Anak Nik Aziz Berbeza Pendapat – DAP

KUALA LUMPUR – DAP mendakwa dua anak lelaki bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berbeza pendapat berhubung pendirian bapa mereka mengenai keperluan PAS menjalin kerjasama dengan UMNO semasa hayatnya.

Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong mendakwa, calon jawatan Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh menyatakan bahawa bapanya tidak pernah menentang usaha PAS bekerjasama dengan UMNO, sedangkan Nik Omar mempunyai pendapat yang sangat berbeza.

“Sabtu lalu saya menjadi panelis dalam sebuah forum bersama Nik Omar, anak lelaki sulong Nik Abdul Aziz. Saya menyedari bahawa walaupun dalam keluarga mantan Mursyidul Am PAS itu sendiri wujudnya kepelbagaian pendapat,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Chin Tong mendakwa sebenarnya terdapat beberapa golongan dalam PAS iaitu mereka yang bercita-cita menawan Putrajaya dan kelompok yang hanya mahu menetap di Kota Bharu, Kelantan.

Dakwanya, ada juga golongan dalam PAS yang bersedia bekerjasama dengan parti pembangkang lain bagi menumbangkan UMNO dan mereka yang mahu bekerjasama dengan UMNO untuk melaksanakan hudud.


“Serta antara mereka yang melihat Malaysia sebagai sebuah rancangan berbilang kaum dan agama dengan mereka yang merasakan Malaysia hanyalah sebuah entiti berkaum/beragama tunggal,” dakwanya lagi.

Justeru, dakwanya, pemilihan PAS yang bakal berlangsung tidak akan menamatkan konflik yang sudah lama wujud itu. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori