SEORANG lelaki di Brazil yang sinonim serta terkenal dengan gelaran anak patung Ken versi manusia telah meninggal dunia akibat leukemia pada Khamis lalu.
Celso Santebanes, 21, mati akibat bakteria pneumonia yang dipercayai dibawa oleh darah kanser yang mengalir dalam badannya itu.
Selepas menghabiskan puluhan ribu untuk mentransformasikan dirinya menjadi sama seperti teman lelaki anak patung Barbie itu, dia akhirnya mendapat perhatian umum kerana wajahnya yang seiras dengan anak patung Ken.
Celso mula mengetahui dia menghidap penyakit itu ketika dia ke hospital untuk merawat jangkitan dan dia meninggal dunia di Hospital Klinikal Universiti Persekutuan Uberlandia di Brazil di mana dia menjalani rawatan kemoterapi.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=VjIslx2Nl1I