PUTRAJAYA – Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dijadual berlepas ke Jerman hari ini untuk lawatan kerja.
Beliau akan diiringi para pegawai kanan kementerian itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan Wisma Putra.
Lawatan itu atas jemputan rakan sejawatan Jerman beliau, Frank-Walter Steinmeier.
Menurut kenyataan itu, kedua-dua menteri berkenaan akan membincangkan isu kepentingan bersama berkaitan usaha memperkukuh hubungan dua hala serta isu serantau dan antarabangsa. – BERNAMA