Perancis – Seekor anjing menemui ajalnya selepas ditinggalkan di dalam kereta selama empat jam ketika pemiliknya membeli belah di Ikea. Meskipun pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkannya namun gagal.
Kereta tersebut diletakkan di tengah panas di parkir Ikea. Anggota polis terpaksa memecah cermin kereta untuk melepaskan anjing tersebut.
Air dicurahkan ke atas anjing tersebut sebaik sahaja cermin dipecahkan dan ia kemudiannya dihantar ke hospital haiwan.
Meskipun menjalani pembedahan selama tiga jam, namun anjing itu mati pada pukul 8 malam akibat pendarahan dalaman.
Binatang berkenaan dimiliki oleh sekeluarga dari Perancis yang dalam perjalanan ke Sepanyol untuk menghadiri majlis perkahwinan dan mereka berhenti di Ikea untuk membeli hadiah perkahwinan. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=H27cgCGP0KA