SYDNEY – Seorang bayi berusia tujuh hari dibaham anjing peliharaan keluarganya ketika dia tidur dalam buaian, lapor agensi berita rasmi China, Xinhua, awal pagi hari ini.
Ibunya, baru selesai menyusukan bayi perempuan itu jam 3.30 pagi dan meletakkannya kembali dalam buaian yang terletak di hujung katil ibu bapanya.
Polis berkata, beberapa minit kemudian bayi itu menangis kuat dan ibunya bergegas ke buaian dan mendapati anjing peliharaan mereka daripada jenis Alaskan Malamute, membahas muka bayi itu.
Bayi malang itu dikejarkan ke hospital dan keadaannya dilaporkan serius, tetapi kecederaannya itu tidak mengancam nyawa, kata polis.
Nasib anjing itu belum diputuskan setakat ini dan masih berada di rumah keluarga itu. – BERNAMA
https://youtu.be/Uk8BZYa-XSY
https://youtu.be/cSiJUvqqGXc