Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pandelela Raih Emas Di...

KUALA LUMPUR - Penerjun negara Pandelela Rinong memberi khabar gembira apabila menghadiahkan emas...

BNM Terus Perkenal Langkah...

LABUAN - Bank pusat akan terus memperkenal langkah baharu bagi memperkukuh asas ekonomi...

Padah ‘Ajak’ Ular Sawa...

RAJASHTAN - Gambar selfie dengan satu daripada ular terbesar di dunia mungkin menarik...

Michelle Yeoh Puji Usaha...

COX’S BAZAR (Bangladesh) – Seniwati Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, yang...

Anjing Terselamat Hukuman Mati Kerana Bukti DNA

SYDNEY – Ujian DNA berjaya menyelamatkan seekor anjing tidak berdosa daripada dikenakan hukuman mati secara suntikan racun kerana didakwa di mahkamah atas kes serangan maut terhadap seorang wanita di Australia.

Des Schroder dari Clarence Valley Hall menyatakan, mangsa terbunuh ekoran serangan seekor anjing di South Grafton, New South Wales dekat sini pada April lalu akibat sejumlah luka-luka digigit oleh mamalia tersebut.

Menurut beliau, wanita itu mengenali anjing yang menyerangnya hasil padanan foto oleh polis yang ditunjukkan kepadanya, namun, satu bahan DNA yang dikirimkan ke sebuah makmal di Victoria menunjukan cerita berbeza.

Schroder menjelaskan, jika sebelum ini anjing yang tidak bersalah itu kemungkinan sudah lama dihukum mati dengan cara disuntik kerana kes serangan oleh haiwan tersebut amat serius dan mangsa lazimnya maut.

“Bagaimanapun dengan perkembangan teknologi, hak asasi anjing juga dipertimbangkan apabila kami mendapati masih ada lagi serangan baharu kerana anjing yang ‘pembunuh’ itu rupa-rupanya masih bebas,” ujarnya.

Ujian DNA ujar Schroder, belum pernah dilakukan sebelum ini disebabkan kos sangat mahal. “Kini ujian DNA sudah murah dan mungkin digunakan sebagai mekanisme bukti kuat dalam kes-kes semacam ini,” tegas beliau.


Prosedur pengesahan DNA katanya penting dilakukan, terutama ketika pihak pendakwa ‘bingung’ mencari anjing yang mana melakukan serangan ekoran masalah komunikasi terbatas antara manusia dengan haiwan tersebut.

Banyak juga kejadian anjing yang sangat dicurigai tetapi akhirnya ternyata bukan pelaku serangan dan kes sedemikian tentu memberikan kesan emosi buruk bagi pemilik anjing yang tidak bersalah dianggap penjenayah.

“Namun menerusi ujian DNA, kita dapat memastikan pelaku serangan itu adalah anjing yang berbeza, sekali gus memberi keadilan kepada anjing tidak berdosa daripada dihukum mati secara zalim,” ujarnya. – Agensi/MYNEWSHUB/H.A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori