Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Anggota Tentera & Anak...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota tentera bersama dua pasang anak beranak dihadapkan ke...

Sebuah Lapangan Terbang Akan...

KANGAR - Sebuah lapangan terbang akan dibina di negeri ini sebagai satu daripada...

TPM Serikan Majlis Kahwin...

BALING – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa...

PERMAI: Program Subsidi Upah...

KUALA LUMPUR - Semua majikan beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) layak memohon...

Anwar : Teruskan Kerjasama Di Peringkat Kerajaan Negeri

KUALA LUMPUR – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya kerjasama diantara PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di peringkat kerajaan negeri diteruskan walaupun Pakatan Rakyat sudah tidak lagi wujud.

Beliau yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun diatas kesalahan meliwat di Penjara Sungai Buloh berkata, kerjasama di peringkat kerajaan negeri itu perlu diteruskan demi menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

“Saya mengikuti perkembangan terkini yang telah menjejaskan gabungan formal Pakatan Rakyat. Namun secara hakikat, kerjasama di antara ketiga-tiga parti diperingkat kerajaan negeri dan Parlimen demi menentang kerajaan BN masih kekal diteruskan.

“Saya ingin menggesa rakan-rakan untuk menumpukan sepenuh perhatian menjadikan kerajaan Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan yang menunjukkan kepedulian terhadap masalah rakyat berdasarkan Dasar Bersama Pakatan Rakyat,” katanya dalam satu perutusan hari ini.

Perutusan itu disampaikan kepada peguam yang juga pemimpin PKR, R.Sivarasa yang bertemu dengan Anwar hari ini bagi satu pendengaran kes beliau di sini.

Anwar turut meminta PKR mempertingkatkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menjatuhkan kerajaan BN disebabkan Pakatan Rakyat kini sudah tidak lagi berfungsi secara formal.


Permintaan Anwar itu bagaimanapun pasti sukar dipatuhi oleh PAS dan DAP memandangkan DAP telah meminta supaya pemimpin PAS yang memegang jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang supaya melepaskan jawatan kerana Pakatan Rakyat sudah berkubur.

Malah, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini memecat Setiausaha PAS Pulau Pinang yang berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan gred S41 dalam kerajaan negeri, Mohd Fadzil Kemi.

Perpecahan Pakatan Rakyat bermula apabila PAS sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 tanpa bahas awal bulan ini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori