BUAT anda yang mengikuti perkembangan arus jam pintar keluaran Apple, kami pasti anda sedia maklum dengan edisi Apple Watch Sport yang diiklankan sebagai tahan lasak dan kalis air.
Bahan binaan skrin kaca yang terdapat pada paparan peranti tersebut diperbuat daripada skrin kaca Ion-X, bukan seperti edisi Apple Watch biasa yang menggunakan gantian gelas Sapphire.
Namun, melalui video yang dibawakan seorang vlogger Amerika Syarikat, Techrex, beliau telah membuktikan sebaliknya.
Melalui video, skrin Apple Watch Sport yang baru dibelinya retak apabila ‘dijatuhkan’ daripada ketinggian 1.2 meter.
Melalui percubaan pertama, impak jatuh di permukaan bahagian panel belakang tidak memberikan apa-apa kesan kepada fizikal Apple Watch.
Tetapi, skrin jam tangan itu terus retak dengan teruk dalam percubaan kedua apabila ia dijatuhkan tepat ke permukaan simen.
Nada suara perakam yang terkejut dengan keputusan ujian tersebut membuatkan belia berkata “Are you serious Apple? (Biar betul Apple?) Ini baru jatuhan 3.5 kaki!†Jelasnya.
Keadaan semakin buruk apabila beliau menjadi kecewa, dan terus membaling jam tangan itu berkali-kali ke bawah.
Kerosakan kepada skrin, sepeti retak dan calar tidak boleh digunakan sebagai waranti dan ia sememangnya mahal untuk diperbaiki.
-MYNEWSHUB.CC