Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Edgar Lungu Menang Pilihan...

LUSAKA - Menteri Pertahanan, Edgar Lungu yang mengetuai Parti Barisan Patriotik Zambia, menang...

Jualan Koleksi Bunga Beauty...

Hello everyone! Okay... di sini kami ada berita baik buat semua hijabista di...

PM Tidak Jelas Dasar...

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Johor menerusi jawatankuasa ditubuhkan Kerajaan Pusat berkaitan isu pemilikan...

Malaysia Gagal Raih Pingat...

GOLD COAST – Penerjun wanita negara gagal meraih pingat dalam acara 1 meter...

Apple Watch Akan Ditawarkan Di Singapura Pada 12 Jun

APPLE telah mula menawarkan jam tangan pintar mereka di beberapa buah negara, dan kini mereka akan memperluaskan penawarannya kepada tujuh lagi negara baru pada bulan Jun ini.

Salah satu negara yang turut tersenarai pada pengenalan untuk fasa kedua ini adalah negara jiran terdekat kita, Singapura.

Apple Watch merupakan jam tangan pintar daripada Apple khusus untuk pengguna platform iOS.

Ia hadir dengan beberapa ciri-ciri khusus seperti menjawab panggilan, integrasi Siri, kebolehan melihat notifikasi dan sebagainya.

Apple Watch hadir dalam pelbagai variasi dan dua saiz skrin yang berbeza.


Di Singapura, ia akan ditawarkan melalui Apple Online Store, selain beberapa kedai pengedar terpilih.

Dengan pelancaran ia di Singapura, mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak unit memasuki pasaran tempatan secara tidak rasmi sementara menantikan pelancaran dan pengenalan rasmi Apple di Malaysia.

Sumber: Apple

-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori