Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Maut Terputus Kepala Digilis...

NIBONG TEBAL - Seorang lelaki mati dalam keadaan mengerikan apabila kepala terputus selepas...

Lebih 181.6 Juta Kes...

JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 181.6 juta.Ia...

Empat Pasangan Bernikah Sempena...

KUALA LUMPUR - Kemuliaan tarikh 1 Muharam 1436 Hijrah dipilih oleh empat pasangan...

Hayati Makna Sebenar ‘Hijrah’...

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu setiap umat...

Audit: Perkhidmatan Pengurusan Loji Air Sabah Berjalan Baik

KOTA KINABALU – Audit yang dijalankan ke atas loji rawatan air di Sabah antara bulan September hingga Disember 2014 mendapati Perkhidmatan Pengurusan Loji Rawatan Air (LRA) secara khidmat luar adalah baik.

Bagaimanapun menurut Laporan Audit Negara 2014 Siri 2, masih terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaannya termasuk peralatan yang rosak dan tidak dibaiki.

“Pelupusan peralatan, bahan kimia dan enapcemar juga tidak dibuat, serta pegawai kimia tidak mencukupi untuk memantau LRA yang dikendalikan kontraktor,” kata laporan berkenaan.

Sehubungan itu bagi memastikan perkhidmatan pengurusan LRA dapat dilaksanakan dengan cekap dan mencapai matlamat yang ditetapkan, laporan mengesyorkan supaya Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) mengambil beberapa langkah penambahbaikan.


Antaranya JANS perlu membuat pemeriksaan aset dan menyediakan bajet untuk membuat penyelenggaraan secara berkala bagi memastikan LRA beroperasi dengan lancar.

JANS memulakan perkhidmatan LRA secara khidmat luar pada 2009 di Loji Rawatan Air Segaliud, Sandakan. – BERNAMA

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • Audit

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori