Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman diumumkan sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), bermula bulan ini.
Majlis pengumuman tersebut dibuat Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika bertemu dengan pegawai-pegawai FINAS di Pitching Centre, Kuala Lumpur, hari ini.
FINAS Sasar Filem Malaysia Rangkul Oscar 2-3 Tahun Lagi
Dalam pada itu, menurut laporan Astro Awani, satu sidang tertutup telah diadakan selama beberapa jam bagi membincangkan beberapa isu termasuk hala tuju industri perfileman negara dan industri kreatif.
Perlantikan Azalina dibuat bagi menggantikan Datuk Md Afendi Hamdan yang menjawat jawatan tersebut sebelum ini.
Wakil rakyat dari Barisan Nasional (BN) itu dikenali sebagai individu yang lantang dan tegas dalam menyatakan pendiriannya.
Sebelum ini, Azalina memegang portfolio sebagai Menteri Belia dan Sukan pada 2004 sehingga 2008, sebelum dialih menjadi Menteri Pelancongan selama setahun pada 2008.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: ALI, AHMAD & ABU
Azalina Othman Semasa Sidang Dewan Rakyat