Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Segelintir Ambil Mudah Hal...

KUANTAN - Terdapat segelintir pengusaha bas ekspres mengambil mudah dalam penyediaan pemandu kedua...

Pengangur Curi Mainan Tranformers...

PETALING JAYA - Tindakan seorang lelaki yang mencuri set permainan 'Transformers' membawa padah...

Rumusan Situasi Banjir Semasa...

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Pada 26 Disember 2014, kejadian banjir telah melibatkan...

KPKT Peruntuk RM1 Juta...

PUTRAJAYA - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) membenarkan pemilik restoran atau kedai...

Aziz Bari: Polis Perlu Siasat Jika Tunku Idris Menghasut

BEBERAPA hari lalu, satu kenyataan yang dimuat naik Tunku Idris Sultan Ibrahim yang juga Tengku Temenggong Johor menerusi laman Instagramnya menjadi topik hangat rakyat Malaysia.

BACA: Jika Janji Dilanggar Johor Terkeluar Dari M’sia – Tunku Idris

Semuanya gara-gara sepotong ayat yang terkandung dalam perjanjian Johor dan Kerajaan Persekutuan pada 1946 yang berbunyi, “Sekiranya mana-mana daripada syarat-syarat tersebut dilanggar, maka terkeluarlah Johor daripada Malaysia”.

Kenyataan itu turut mendapat perhatian pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari yang berpendapat pihak PDRM perlu menyiasat jika putera Johor bertindak menghasut melalui kenyataan berhubung hak Johor keluar daripada Malaysia.

Abdul Aziz Bari
Abdul Aziz Bari

Menurutnya, Tunku Idris tidak mempunyai atau menikmati kekebalan undang-undang seperti sembilan orang Raja-Raja Melayu.

“Dalam apa jua kes, Peguam Negara dan pasukan polis perlu membuat pendirian sama ada putera raja tersebut melanggar undang-undang, khususnya Akta Hasutan 1948.

“Jabatan ini bertanggungjawab untuk menguatkuasa undang-undang dengan adil ke atas semua rakyat; putera raja Johor tidak kebal daripada undang-undang.

“Hanya sembilan orang raja-raja Melayu yang menikmati keistimewaan ini, tertakluk kepada peruntukan mahkamah khas untuk raja-raja,” ujarnya.


Tambahnya, tindakan itu perlu dilakukan dengan segera seperti mana operasi yang dilancarkan ke atas aktivis Sabah dan Sarawak yang sebelum ini didakwa menghasut membawa negeri masing-masing keluar dari persekutuan Malaysia.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: MalaysiaKini

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori