Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Enggan Ditemuramah, Sempat Jumpa...

SEBAIK selesai menjalani sesi prosiding mahkamah bagi mendengar rayuan berhubung kes liwat, Ketua...

Telefon Pintar Ini Cuma...

BEIJING - Dengar sahaja nama Vertu, pasti ramai netizen akan segera terbayangkan pelbagai...

Imuan Agama Perlu Giatkan...

KANGAR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan para ilmuan...

Video: Anak Meraung Lihat...

SUARA raungan kanak-kanak memanggil bapanya dalam satu rakaman video yang berlegar di media...

Azraai Khor Tuntut Anak Buah Pamer Kebangkitan

KOTA BAHARU – Jurulatih Kelantan Mohd Azraai Khor Abdullah menuntut barisan pemainnya untuk mempamerkan permainan terbaik pada aksi Liga Super menentang Sime Darby FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor malam esok.

Beliau berkata pasukannya perlu mencatatkan kemenangan bagi membolehkan The Red Warriors (TRW) memperbaiki kedudukan dalam saingan itu.

“Kita perlu bangkit dan kutip mata kerana kita sekarang dalam kedudukan yang agak bahaya, jadi kita perlu keluar dari zon bahaya itu, oleh itu saya mahu pemain pemerkan aksi yang terbaik.

“Saya yakin pemain tahu apa yang perlu dilakukan dan berada di kedudukan ke-10 liga tidak menyenangkan, mereka juga mahu keluar dari zon bahaya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Kelantan kini berada di tangga ke-10 dalam Liga Super dengan 10 mata.


Beliau berkata dua pemain importnya iaitu Gilmar Da Silva dan Austin Amutu akan menjadi taruhannya pada perlawanan esok.

“Dengan ada mereka (Amutu dan Gilmar) ini pasti aksi kita akan sedikit berlainan, pemain tempatan yang lain juga semua cergas dan boleh beraksi,” katanya.

Mohd Azraai Khor berkata pasukannya perlu berhati-hati dengan barisan serangan Sime Darby FC terutama pemain import pasukan itu iaitu Reinaldo Elias da Costa dari Brazil.

“Sudah tentu mereka telah kaji permainan kita dalam rehat yang panjang ini, kita cuma kena lebih berhati-hati dan fokus untuk meraih tiga mata,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori