JIKA anda pernah menyaksikan filem Rock Ooo, pasti anda faham perkataan chingey yang bermaksud ‘awek’.
Filem arahan daripada Mamat Khalid ini meletakkan unsur-unsur kritikan dan patriotism dalam beberapa dialog sinis yang terdapat di dalam filem.
Lihat sahaja dialog seperti “Tiga perkara yang boleh meruntuhkan negara. Iaitu rasuah, tidak menepati masa dan Cinggey!
Baiklah, bukan kami ingin menerangkan maksud cinggey, tatapi apa yang membuatkan kami tertarik kembali ialah babak lucu di mana Zul Kapan ‘silat terbang’ kerana menahan lapar berpuasa di bulan Ramadhan.
https://www.youtube.com/watch?v=F1_oDlCwFaI&feature=youtu.be
Babak berdurasi 24 saat itu kembali menjadi viral apabila netizen menyifatkan watak Zul Kapan yang dilakonkan oleh Shoffi Jikan amat memahami perasaan pemuda-pemuda yang tidak tahan berpuasa dan lemah Imannya.
Sejak ia dimuat naik,  ribuan perkongsian telah dilakukan oleh pengguna Facebook dan Twitter.
Apa yang pasti, dialog yang dilontarkan oleh Khir Rahman juga amat menusuk kalbu maksudnya.
“Zul, Zul, Zul, Zul sabar Zul, kau kena beriman, aku yang baru masuk Islam pun tahu beriman,” ujarnya.-MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzq