Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

3 Maut Dalam Kemalangan...

GEORGE TOWN - Tiga maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan kenderaan pacuan...

Video: Seram… Pontianak Main...

JIKA rakyat Malaysia sebelum ini dikejutkan dengan gimik seram wanita berkebaya marah, terbaharu...

Teresa Kok Tarik Balik...

PUTRAJAYA - Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim hari ini menarik balik...

Rakyat Tunjang, Keutamaan RMK11...

KUALA LUMPUR - Rakyat menjadi tunjang serta keutamaan dalam semua usaha pembangunan negara...

Baca.. Kesilapan Waktu Emel Mohon Kerja, Pasti Kena Reject!!

SETIAP kali memohon sesuatu pekerjaan, perkara pokok yang harus dititikberatkan adalah first impression kerana ia menjadi magnet buat pihak majikan melihat sama ada seseorang calon itu layak atau tidak mengisi jawatan yang ditawarkan.

Tolak tepi dahulu isu penampilan segak dan kemas mahupun kelancaran proses temu duga, ramai sebenarnya terlupa tentang cara terbaik meyakinkan majikan ketika proses menghantar resume melalui email.

Ya, jangan ambil mudah tentang isu tersebut kerana tanpa sedar, cara dan etika seseorang menyusun ayat dan perkataan juga memainkan peranan.

Resume Ini Mungkin Boleh Bantu Anda Dapat Pekerjaan

Kalau anda tak percaya, nah baca sendiri rungutan seorang individu yang juga pemilik sebuah syarikat berkenaan isu ini.

Melalui ruang Facebook, pemilik akaun Ir Meor Shamshir meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kebanyakan calon yang menghantar permohonan kerana approach yang dilakukan mereka gagal meyakinkan beliau selaku majikan untuk menjemput hadir bagi sesi temu duga.

4 flat

Ayat paling sentap yang diujar Meor Shamshir dalam statusnya, “Dik… Pensyarah tak ajar ke adab-adab menulis email kepada bakal majikan?”

Walaupun pedas tapi memang tak dapat dinafikan kebenarannya.

Bukan itu sahaja, individu berkenaan turut memberi beberapa contoh kesalahan besar yang dilakukan calon ketika menghantar permohonan melalui email.

4 flat 2 (1)10498567_10203750457696503_5448838029287427396_o

Menurut Shamshir, calon haruslah menyatakan tujuan menghantar resume kepada majikan dan lebih utama, memberikan sedikit penerangan tentang diri sendiri supaya majikan mendapat informasi awal berkenaan calon tersebut.

Ini tak, ada yang sekadar attach resume dan hanya menulis “Resume” dan “Terima Kasih”. Kalau macam ni dik, tak payah mimpilah majikan nak layan email kamu!


Selain itu, calon juga haruslah peka ketika menghantar email kerana ia juga memperlihatkan tahap ketelitian seseorang ketika melakukan sesuatu tugas.

10380712_10203750456056462_7673862148527942372_o

Sudahlah kesalahan ejaan pada ayat pendek pun tak dibetulkan, lagi mengecewakan, calon tersebut langsung tidak menyatakan tujuan utamanya dalam ruang ‘Subject’ dan hanya membiarkannya kosong.

Malah lebih memeranjatkan, menurut Shamshir, ada individu yang tergamak melakukan kesilapan paling mega iaitu meletakkan penerangan panjang lebar di ruang ‘Subject’ dan membiarkan ruang yang patut diletakkan penerangan pula kosong.

1522543_10203750458776530_4364395003979482707_o

Apalah guna belajar sehingga mendapat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda kalau perkara asas seperti menghantar email pun dah gagal!

Sepatutnya, kelulusan dari universiti yang diperolehi harus seiring dengan ketelitian dan kepekaan setiap individu dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Buat adik-adik yang baru tamat belajar, jangan ambil ringan perkara seperti ini kalau tak nak menganggur bertahun-tahun… – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Cara-Cara Menulis Resume Terbaik

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori