Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Azmin Boleh Ambil Cuti...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad berkata Azmin Ali boleh mengambil...

‘Perlekeh’ Samsung, Adik Neelofa...

ADIK kepada pengacara Neelofa iaitu Nur Ameera Khan sekali lagi menerima kecaman hebat...

Dakwaan ‘Royal Coup’ Hina...

KUALA LUMPUR - Dakwaan mengatakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) digulingkan secara ‘royal coup’...

Tiada Keperluan UMNO Sertai...

KANGAR - Tiada keperluan untuk UMNO menyahut seruan Pengerusi BERSATU, Tun Dr. Mahathir...

Bade Tidak Tahu Erma Fatima Fail Permohonan Cerai

KETIDAKHADIRAN pengarah filem tersohor, Badaruddin Azme di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, semalam akhirnya terjawab apabila dia mendakwa tidak mengetahui sebutan kes permohonan cerai yang dibuat isterinya, Erma Fatima.

BACA: Pengarah Erma Fatima Fail Permohonan Cerai

Jelas Badaruddin Azmi atau lebih dikenali sebagai Bade Azmi, 51, dia tidak pernah mendapat mana-mana panggilan telefon daripada peguam berkenaan perkara itu.

“Saya tak pernah dapat call dari mana-mana peguam (mengenai) hal ini,” katanya kepada mStar Online menerusi mesej WhatsApp.

Berikutan itu, sebutan pertama kes permohonan cerai yang difailkan oleh Erma Fatima terpaksa ditangguh kerana Bade gagal menghadiri prosiding tersebut.

Oleh itu, hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaluddin membenarkan Erma mengemukakan notis amaran kerana ketidakhadiran suaminya itu.

erma


Dalam pada itu, Bade enggan memberi sebarang komen mengenai permohonan cerai dibuat Erma.

Kes berkenaan akan disebut semula 10 Ogos depan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: mStar

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori