Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

KAFA Tak Mahu Ulangi...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak mahu mengulangi kesilapan lalu...

Harga Rumah Tidak Naik...

KUCHING - Kementerian Perumahan Sarawak memberi jaminan harga rumah kediaman di negeri ini...

Mahfuz Gelabah UMNO Tak...

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar kelihatan kurang senang dengan...

Berakhirnya Derita Si Puntung…

LAHAD DATU – Satu daripada tiga badak sumbu Sumatera yang terakhir di Malaysia...

Baru Belajar Memandu, Kereta Digilis Kereta Kebal

BERLIN – Seorang remaja yang sedang belajar memandu kereta di bandar Lippe, Jerman nyaris maut setelah kenderaan yang digunakan untuk latihan dilanggar dan hampir digilis sebuah kereta kebal milik tentera Britain.

Pemandu kereta kebal itu yang berusia 24 tahun juga gagal mengemudi jenteranya sehingga merempuh kereta kecil tersebut melalui bahagian hadapan kenderaan yang dipandu remaja wanita berumur 18 tahun berkenaan.

Akhbar tempatan pada Selasa menyiarkan foto dramatis yang dikeluarkan oleh pihak polis Lippe, menunjukkan sisi kiri dan roda depan kereta lama Toyota itu hancur kemek ekoran digilis kereta kebal seberat 62 tan tersebut.

Akibat kemalangan itu, pemilik kereta berkenaan kerugian kira-kira 8,500 pound sterling (RM47,900), manakala pihak insurans mungkin enggan membayar pampasan kerana tidak dilindungi rempuhan jentera berat tentera.

Kereta kebal latihan jenis Challenger 2 itu dikeluarkan oleh Vickers Defense System yang kini dikenal dengan nama BAE System Land & Armaments; sebuah syarikat pengilangan kenderaan ketenteraan ternama di Britain.

Jentera perang bernilai 4.2 juta pound sterling (kira-kira RM23.7 juta) itu turut digunakan Tentera Darat Diraja Oman; dan sebanyak 446 buah kereta kebal tersebut dikeluarkan sejak 1993 sebelum dihentikan pada 2002 lalu.


Baca: Cari Kereta Curi… Tapi Terjumpa Kereta Kebal

Ini merupakan kes kedua melibakan kemalangan kereta kebal di Jerman selepas awal tahun ini, sebuah kereta kebal tentera darat Britain merempuh taman di sebuah rumah di bandar Paderborn, tidak jauh dari Dortmund.

Jentera perang tersebut dipercayai menghentam halaman depan rumah tersebut ekoran salah satu bolt di roda berantai kenderaan berkenaan secara tiba-tiba terlerai dan mengakibatkan kereta kebal itu gagal dikawal.

Kenderaan yang menghancurkan laman kediaman itu merupakan milik sebuah sekolah latihan kereta kebal di bawah batalion tentera darat Britain terletak di Paderborn, wilayah utara Jerman. – Agensi/H.A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori