Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Ayah Tak Uzur Cuma...

ANAK seniman Tan Sri Jins Shamsuddin, Putera Hang Jebat menyangkal dakwaan ayahnya sedang...

Sempoi Habis, Michael Bawa...

MESKIPUN sudah beberapa hari berlalu, namun isu pengkritik fesyen, Zaihani Mohd Zain yang...

Bimbang Tak Mampu Tampung...

KUALA LUMPUR - Persatuan Peruncit Malaysia (MRA) hari ini melahirkan kebimbangan kemungkinan peruncit...

Syiah Jadi Mazhab Islam...

PERTEMUAN wakil-wakil agama dengan penasihat kerajaan baru-baru ini telah menimbulkan kembali isu Syiah...

Bayi Dijumpai Masih Bertali Pusat

KUALA KUBU BHARU – Seorang bayi perempuan dipercayai berusia seminggu dan masih bertali pusat dijumpai sepasang suami isteri di luar kediaman mereka di Taman Ampang Indah.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam berkata, bayi ditemui dalam beg pakaian.

“Pengadu memberitahu terdengar bunyi bayi menangis di luar pintu pagar. Bayi itu kita tidak pasti identiti bangsanya dan pengadu kemudian membawa bayi berkenaan ke Balai Polis Kuala Kubu Bharu untuk tindakan lanjut.

“Bayi itu kemudian kita hantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk pemeriksaan lanjut.

“Pemeriksaan doktor juga mendapat bayi itu sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kini ditempatkan di wad kanak-kanak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Tambahnya, ketika ditemui, beg pakaian itu turut mempunyai beberapa helai pakaian bayi dan lampin pakai buang.

“Kami telah hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat dan polis kini membuat pemeriksaan di hospital dan klinik untuk mendapatkan maklumat yang boleh membantu siasatan bagi mengesan suspek yang membuang bayi itu.

“Siasatan masih diteruskan dan kami mohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tampil bagi membantu pihak polis,” katanya. – Sinar Harian Online

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori