Monday, December 2, 2024

Creating liberating content

The Star Rosakkan Imej...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyatakan imej Malaysia di mata...

18 Tahun Belum Boleh...

KUALA LUMPUR - Pengundi di Parlimen Tanjung Piai yang berusia 18 tahun pada...

Penduduk Islam Minta Perlahan...

PONTIAN - Jika sebelum ini sering kedengaran orang bukan Islam merungut atau tidak...

3,262 Kes Demam Denggi,...

KLANG - Sebanyak 3,262 kes demam denggi dengan satu kematian dicatatkan di daerah...

Belanda Dakwa Pihak Pemisah Ukraine ‘Kacau’ Penyiasatan MH17

MOSCOW — Ketua-ketua puak pemisah Pro-Rusia timur Ukraine di wilayah Luhansk telah menyekat akses kepada para pegawai penguatkuasa undang-undang Belanda untuk menjalani penyiasatan terhadap tragedi MH17 hampir setahun lalu, menurut  Pejabat Pendakwaraya Awam negara tersebut pada Sabtu lalu.

Halangan oleh anggota pemisah mendorong penyiasat yang terdiri daripada Polis Negara Belanda dan Kementerian Pertahanan untuk memendekkan tempoh kerja mereka di Ukraine tanpa menjalankan penyelidikan terhadap menara telefon bimbit dan rangkaian selular di rantau ini, kata pejabat awam pendakwaan.

Penerbangan MH17 kapal terbang Malaysia Airlines telah ditembak jatuh semasa melewati ruang udara perang di Donetsk pada 17 Julai 2014 dan telah mengorbankan semua 298 penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan, termasuk 196 penumpang warganegara Belanda dan 44 rakyat Malaysia.

Berdasarkan analisis dan risikan awal, termasuk daripada kerajaan Amerika Syarikat, pesawat itu dipercayai telah dimusnahkan oleh peluru berpandu darat ke udara yang dilancarkan dari wilayah Pro-Rusia yang dikawal ketat oleh puak pemisah.

Kumpulan pemisah itu bagaimanapun menafikan sekerasnya bahawa mereka mempunyai apa-apa kaitan dengan tragedi tersebut, dan kerajaan Rusia sedang berusaha untuk menyediakan bukti bahawa pesawat MAS itu sebenarnya telah ditembak oleh jet pejuang Ukraine.

Jumaat lalu, seorang pegawai kanan Rusia berkata Kremlin akan menentang rancangan Malaysia untuk menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mewujudkan tribunal bagi mendakwa suspek yang terlibat dalam nahas pesawat itu. Menggelarkan idea tersebut sebagai “tidak kena masa dan tidak produktif,” Timbalan Menteri Luar Gennady Gatilov, memberitahu agensi berita Rusia, “Kita perlu menunggu sehingga akhir siasatan, bukan menerima pakai resolusi dalam pembentukan tribunal secara terburu-buru.”

Sebuah penyiasatan rasmi antarabangsa yang diterajui oleh agensi keselamatan penerbangan Belanda,juga masih belum dapat membuahkan sebarang penentuan rasmi.

Seterusnya, satu laporan awal yang dikeluarkan pada September lalu mendapati bahawa pesawat itu tidak mengalami masalah teknikal dan tidak membuat sebarang panggilan kecemasan, manakala bangkai pesawat itu menunjukkan bahawa ia telah dimusnahkan akibat dibedil  tembakan bertenaga tinggi yang mengakibatkan pesawat itu berkecai di tengah udara. Walaupun laporan itu tidak mengatakan demikian, bukti kerosakan yang dikenalpasti adalah konsisten dengan serangan peluru berpandu.

Pemusnahan pesawat tersebut mendapat perhatian antarabangsa terhadap keganasan yang semakin memuncak di Ukraine, sekaligus meletakkan Rusia di bawah tekanan oleh kerana peranan besarnya di dalam konflik itu, selain disyaki menjadi dalang membekalkan sistem peluru berpandu kepada penyokongnya di timur Ukraine.

Namun, meskipun menjelang tahun pertama tragedi MH17,  para pegawai Belanda menyatakan rasa bimbang mereka terhadap kurangnya progres dalam menentukan punca sebenar dan mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab, yang mungkin menjadi penunjuk terhadap tekan politik yang semakin meruncing, termasuk daripada ahli keluarga mangsa.

Siasatan jenayah sedang dijalankan secara berasingan daripada penyiasatan keselamatan. Pegawai-pegawai Belanda memfokuskan kira-kira dua minggu di timur Ukraine, kebanyakan masanya di tapak nahas tersebut di wilayah Donetsk, yang juga sebahagian besarnya dikawal oleh tentera pemisah Pro-Rusia. Para penyiasat juga telah memutuskan untuk menghentikan kerja mereka pada Sabtu lalu, selepas masing-masing bersetuju bahawa penyiasatan tidak dapat diteruskan.

In Donetsk, however, investigators received greater cooperation from officials of the self-proclaimed Donetsk People’s Republic, the Dutch prosecution office said in its statement on Saturday.

Bagaimanapun, di Donetsk, penyiasat mendapat kerjasama yang lebih mudah daripada pegawai-pegawai Republik Rakyat Donetsk, menurut pejabat pendakwaan Belanda dalam satu kenyataan, Sabtu lalu.


Penyiasat juga dibantu oleh Pertubuhan bagi Keselamatan dan Kerjasama di Eropah, yang memantau zon konflik.

“Pencapaian yang paling penting dalam misi ini terdapat di rantau ini,” kata pejabat pendakwa. “Sampel ground telah diambil di pelbagai lokasi dan penyelidikan teknikal telah dijalankan untuk mengesan menara selular dan memeriksa kerja rangkaian telefon di timur Ukraine. Maklumat yang telah dikumpulkan semasa misi tersebut akan dikaji dan dianalisis di Belanda. ”

Efforts to conduct a similar inquiry into cellphone towers in Luhansk were stymied, the prosecution office said.

Usaha-usaha untuk menjalankan siasatan yang sama terhadap menara telefon bimbit di Luhansk telah terganggu, kata pejabat pendakwa.

“Misi itu juga menyasarkan penyelidikan teknikal terhadap menara selular dan rangkaian telefon di kawasan Luhansk.”

“Bagaimanapun, usaha itu masih belum berjaya setakat ini, meskipun setelah wakil Republik Rakyat Luhansk berunding dengan OSCE, yang terus enggan memberikan akses kepada kawasan itu.”

Selepas kejayaan pihak perisikan Ukraine memintas panggilan telefon komander puak pemisah yang dirakan sedang membincangkan pembedilan pesawat terbabit, komunikasi telefon bimbit serta-merta dilihat berpotensi untuk memainkan peranan penting dalam siasatan tembakan darat ke udara itu.

Seorang pegawai Barat dengan pengetuan terperinci mengenai kerja-kerja penyelidikan yang dijalankan di timur Ukraine berkata bahawa para penyiasat tidak sepatutnya dibiarkan terdedah dengan konflik peperangan yang berterusan. “Saya rasa mereka sangat naif untuk pergi kembali ke sana dan melancarkan siasatan jenayah di salah satu sebuah kawasan hitam paling terbuka dan berbahaya di dunia,” kata pegawai yang tidak mahu namanya disiarkan itu.

Bulan ini, Menteri Luar Belanda, Bert Koenders, melawat Moscow untuk membincangkan perihal progres penyiasatan dengan rakan sejawatnya dari Rusia, iaitu Sergey V. Lavrov.

Dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu, beliau berkata: “Ia adalah tanggungjawab kita untuk mendapatkan perhatian komuniti antarabagsa untuk memberi tumpuan kepada tragedi MH17. Kami terhutang budi kepada mangsa dan keluarga terdekat. ”

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH17

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori