Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kes FIC: Bekas Bos...

PUTRAJAYA - Bekas pegawai khas mantan Pengerusi Felda, Muhammad Zahid Md. Arip direman...

Peguam Buat Laporan Polis...

IBARAT kaduk naik junjung atau cacing jalar ke mata, kebiadaban portal berita propembangkang,...

Empat Lagi Suspek Kes...

GEORGETOWN - Polis menahan empat lagi lelaki bagi membantu siasatan kes seorang remaja...

Malaysia Terima 2 Anugerah...

KUALA LUMPUR – Malaysia merangkul dua anugerah pada Majlis Anugerah Sains dan Teknologi...

Bertudung Jangan Sebab Trend, Tepatilah Syariat – Adam Corrie

PELAKON berketurunan Cina yang sudah lapan tahun memeluk agama Islam, Adam Corrie Abdullah, 47, meluahkan kegembiraannya terhadap perkembangan wanita Islam sekarang yang sudah semakin ramai bertudung.

Meskipun begitu, Adam berharap wanita yang bertudung pada zaman sekarang bukanlah semata-mata kerana mengikut trend serta fesyen semasa sebaliknya menutup aurat dengan sempurna mengikut syariat yang ditetapkan agama.

“Saya harap sesiapa pun tak kira artis atau masyarakat di luar sana, kalau nak pakai tudung biarlah jujur. Jangan disebabkan tudung tu trend, cantik, you pakai. Memang wajib tutup aurat tapi biarlah ikut syariat.

“Jadi, bila dah pakai tu janganlah post dekat Instagram, “Saya saja-saja je nak pakai tudung”. Harap kekallah bertudung,” katanya ketika ditemui Mynewshub semasa tayangan perdana filem Darah Panas di TGV One Utama, Damansara, semalam.

Amber Chia Muat Naik Gambar Bertudung Di Instagram

Mengulas tentang Darah Panas, Adam Corrie menjelaskan dia membawa watak ketua gangster bernama Cicak yang terlibat dalam aktiviti penjualan bahan terlarang serta kegiatan pelacuran.

Dalam filem tersebut dia melakukan sendiri aksi-aksi lasak bagi mencabar diri serta mencari kepuasan.

“Saya dah biasa buat filem aksi dan ia bukan satu perkara yang menyusahkan cuma saya cuba nak hidupkan watak ini.

“Antara kelainannya bila saya perlu lakukan aksi menembak dalam keadaan separuh badan terkeluar dari kereta yang berkelajuan 160 kilometer sejam. Bayangkan saya lakonkan babak itu sampai lebam-lebam tangan saya.

“Tapi saya berpuas hati dengan watak saya kali ini,” katanya.


Darah Panas yang turut dibintangi Fathia Latif dan Sharnaaz Ahmad mengisahkan mengenai seorang gadis kampung, Shahana (Fathia) yang terpedaya dengan janji manis seorang lelaki hidung belang, Ah Loy lakonan Sofi Jikan yang membawanya terjebak dalam kancah pelacuran di ibu kota.

darahpanas
Para pelakon yang membintangi filem Darah Panas, (dari kiri) Adam Corrie, Sofi Jikan, Fathia Latif, Sharnaaz Ahmad, Datuk Jalaluddin Hassan dan Aznah Hamid.

Simpati dengan nasib Shahana, Adi lakonan Sharnaaz cuba membantu gadis malang itu daripada menjadi mangsa sindiket pelacuran yang diketuai Cicak.

Akibatnya Cicak dan kuncu-kuncu melancarkan ‘perang’ terhadap Adi yang dianggap menganggu perniagaan mereka.

Darah Panas yang diarahkan pengarah Arjin Uppal bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula Khamis ini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JULIANA JOHAR
Foto/Video:  RIZA RAZAK 

https://www.youtube.com/watch?v=HXep58A8rQo&feature=youtu.be

DARAH PANAS OFFICIAL TRAILER – DI PAWAGAM 4 JUN 2015

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori