Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

MRA Lancar Tabung Kemanusiaan...

KUALA LUMPUR - Malaysian Relief Agency (MRA) akan menyalurkan bantuan kewangan RM50,000 kepada...

Pegawai SPRM Ambil Dokumen...

KUALA LUMPUR – Pasukan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hadir di pejabat...

Warga Emas Cipta Kerusi...

KISAH cinta sepasang suami isteri warga emas yang tinggal di Luoyang, China mendapat perhatian...

Banyak Sekolah Bakal Guna...

BESUT - Kementerian Pendidikan akan melaksanakan lebih banyak proses pembelajaran menggunakan teknologi komunikasi...

Betul Ke? Peserta Sokong Palanivel Dibayar RM50 Untuk Hadir

PERTELINGKAHAN antara pemimpin tertinggi dalam Malaysian Indian Congress (MIC) sejak hujung tahun lalu sememangnya tak boleh dibendung lagi.

Sabtu lalu, Presidennya Datuk Seri G Palanivel telah mengadakan satu perhimpunan khas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dengan kehadiran lebih 2,000 peserta, Palanivel berkata, jumlah kehadiran tersebut merupakan tanda sokongan mereka terhadap kepimpinannya dalam parti terbesar masyarakat India itu.

Kemelut MIC: Palanivel Gantung Timbalan, Naib & 10 Yang Lain

g-palanivel1

Ya, itu kenyataan Palanivel yang dilaporkan oleh media-media. Namun, khabar terbaru memaklumkan bahawa peserta yang hadir sebenarnya tidak tahu tujuan sebenar datang ke situ, malah hanya mengikut rakan-rakan yang mengajak.

Lagi memanaskan situasi, rata-rata berkata, mereka telah disogok dengan ‘upah’ untuk datang ke PWTC! Betul ke?

Dalam laporan Free Malaysia Today, beberapa orang awam yang berpakaian serba putih bertulisan ‘Saya Sokong G Palanivel’ dan menggantung tag ‘sukarelawan’ hadir ke situ setelah dijanjikan habuan wang, makan tengah hari dan minum petang.

Bukan itu sahaja, seorang lelaki berkata, dia dibayar RM50 untuk hadir ke perhimpunan itu. Ujarnya apabila ditanya tentang individu yang membayarnya, “Kawan yang bawa, kawan yang bayar.”

Kenyataan sama dibuat oleh seorang peserta wanita dikenali sebagai Saraswathy apabila dia turut dijanjikan RM50 seorang untuk muncul di situ.


“Saya bukan ahli MIC atau mana-mana parti. Mereka beri makan tengah hari tetapi oleh kerana sangat lapar saya mencari-cari kalau-kalau minum petang turut disediakan. Kami semua sangat lapar.”

Saraswathy turut memaklumkan bahawa dia hadir ke situ bersama 40 rakannya dari Padang Jawa, Shah Alam.

Perhimpunan Khas MIC Setuju Palanivel Bukan Lagi Anggota MIC

IMG_2015-06-22-031538

Ketika timbul pelbagai andaian tentang kedudukan Palanivel ketika ini, satu kumpulan yang menentang figura itu memutuskan bahawa Palanivel bukanlah ahli MIC, sekaligus hilang jawatannya.

Keputusan itu dicapai oleh Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri S Subramanian bersama-sama 2,758 pengerusi cawangan MIC di PWTC, semalam.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Palanivel Bukan Lagi Ahli MIC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori