BARU-baru ini, status seorang wanita mendapat perhatian ramai warga Internet apabila dia meluahkan perasaan kesalnya tentang tindakan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) membuat operasi di Uptown Shah Alam.
Menurut dakwaan pemilik akaun Facebook Rabiatul Adawiyah, tindakan tersebut dibuat pihak berkuasa atas penjualan barangan tiruan dan perniagaan yang tidak berdaftar dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
KPDNKK Nafi Aduan Mengenai GST Tak Diambil Tindakan
“Uptown Shah Alam ditutup hari ini. Kena raid dengan KPDNKK. Alasan, kena jual barang ori dan mesti ada GST. Pebendeeeeee la. Nama pun uptown, downtown. Amende GST nya?
“Nak ori, pergi beli kat butik la. Kat sini org2 tak berduit nak bergaya dengan barang ala2 ori.”
Selain itu, dia turut mempersoalkan adakah tindakan sama diambil oleh KPDNKK terhadap peniaga di Petaling Street. Semua tahu, barangan yang dipasarkan di kawasan tersebut merupakan barangan ciplak juga…
“Petaling Street taknak ambush ke? Situ otai, taiko banyak. Sekali saman KPDNKK makan besar woo. Ohh lupa, situ kan jerung byk. Ke dh kena suap awal2?”
Amboi, Cik Kak ni siap buat telahan nakal tau tentang isu ‘suap-menyuap’!
Melalui ruangan komen pula, ramai individu turut meluahkan ketidakpuasan hati terhadap tindakan pihak berkuasa itu, lantas menyokong kenyataan yang diluahkan pemilik akaun.
Namun, seorang individu tampil memberikan kenyataan pedas terhadap komen-komen yang dilimpahkan netizen di situ.
Ujar pemilik akaun Ahmad Amirulhafiz, “Macam mana Melayu nak membangun kalau jual barang tak ori? Sumber rezeki pun dah tak betul.”
Fikir-fikir balik, kenyataan tersebut terselit kebenaran yang nyata.
Apa-apapun, tindakan KPDNKK membuat serbuan tidak harus dipersalahkan kerana ia menjadi tugas mereka untuk menghalang kegiatan penyeludupan barangan tiruan.
Inilah susahnya menjadi pihak berkuasa. Kalau jalankan tugaspun disalahkan, kalau tak buat kerja dikatanya makan gaji buta.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: ALI, AHMAD & ABU
KPDNKK Terus Gempur Peniaga
https://www.youtube.com/watch?v=d3cQ8YNA6RA