Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Isu Kilang Haram Bakal...

GEORGE TOWN - Isu kilang haram di Pulau Pinang akan dicadangkan sebagai antara...

Aset Tambahan, Komitmen Kerajaan...

KUALA PERLIS - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan menggunakan enam kapal peronda...

Polis Jalani Lima Fasa...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalani lima fasa persediaan bagi...

Kecurian Kabel TM Di...

MELAKA - Kes kecurian kabel milik Telekom Malaysia Berhad (TM) di negeri ini...

Bidikan Maut Lepas Makan Malam

Nilai – Seorang peniaga kedai kosmetik maut selepas terkena tiga das tembakan ketika mahu mengambil keretanya di sebuah restoran di Bandar Baru Nilai, di sini, malam tadi.

Sumber polis berkata, dalam kejadian 11.10 malam itu, mangsa dikatakan baru selesai menghadiri majlis makan malam di restoran berkenaan.

Katanya, mangsa, lelaki berusia 34 tahun, berjalan bersama rakannya berusia 30-an mahu mengambil keretanya di tempat parkir dan didatangi sebuah kereta jenis Audi.

“Seorang daripada suspek dalam kenderaan berkenaan kemudian melepaskan empat das tembakan terhadap mangsa dari jarak dua meter dan tiga tembakan mengenai mangsa.
“Menyaksikan mangsa dalam keadaan tidak bermaya, kedua-dua suspek akhirnya melarikan diri,” katanya.

Menurut sumber polis, mangsa yang pada awalnya masih sedarkan diri dibawa rakannya ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), dekat sini namun meninggal dunia sejurus tiba di pusat perubatan terbabit.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – myMetro Online

 

https://www.youtube.com/watch?v=kD9n_u7zra4

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori