Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Anwar Rancang Guling Mahathir...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa bekas Ketua Pembangkang, Datuk...

Setiausaha Sulit Kepada PM...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Setiausaha Sulitnya,...

Mangsa Banjir Di Perak...

IPOH - Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat kepada 88 orang di dua...

Hartawan Media Bangladesh Dihukum...

DHAKA - Seorang hartawan media yang juga tokoh utama sebuah parti politik Bangladesh...

BN Kedah Kota Janji, Kata Mukhriz

JITRA – Kelulusan dan pembinaan sebanyak 28,081 unit buah rumah sejak Barisan Nasional (BN) memegang tampuk pemerintahan negeri ini daripada pembangkang pada 2013, merupakan salah satu bukti kerajaan Barisan Nasional mengotakan janji.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kerajaan negeri, menyasarkan pembinaan 40,000 buah rumah meliputi rumah mampu milik dan rumah kos rendah bagi tempoh 2013-2018, dan sehingga kini jumlah 28,081 unit yang dicapai merupakan satu pencapaian yang baik, katanya.

“Kita rasa selesa dan yakin, dalam dua tahun ke depan ini kita dapat penuhi sasaran,” katanya selepas melancarkan Taman Tuanku Intan Safinaz di sini hari ini.

Jumlah 28,081 unit itu katanya meliputi jumlah daripada tahun 2013 sebanyak 4,801 unit rumah, 2014 (12,646 unit) dan 2015 (10,634 unit).

Jelasnya keyakinan itu turut didorong bantuan pihak swasta, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dan beberapa pihak lain lagi.


Bagaimanapun katanya, pihaknya masih tidak berpuas hati dengan komitmen syarikat pemaju swasta dalam pembinaan rumah mampu milik dan kos sederhana.

“Ada keperluan untuk berbincang dan berunding dengan pemaju-pemaju, kita nak faham apa masalah dihadapi, dan kita akan lihat apa masalah dia tanpa jejas aspek dianggap penting seperti jumlah perumahan, kualitinya, kadar harganya, pecahan bumiputera dan bukan bumiputera, itu semua kita ambil kira.

BN Kedah sangat mesra perniagaan, kalaulah pemaju-pemaju rasakan dasar sedia ada tidak memberangsangkan mereka dalam laksanakan projek perumahan ini, kita boleh bincang,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori