Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Dron Akan Diguna Bantu...

GEORGE TOWN - Kementerian Sumber Manusia bercadang memperluaskan penggunaan dron bagi membantu Jabatan...

Awie Realisasi Impian OKU...

HASRAT seorang lelaki kelainan upaya (OKU), Nabil Rosli yang mengimpikan bertemu dengan idola...

Siapa Karim, Mengapa Dunia...

BEBERAPA foto memaparkan masyarakat dunia tutup sebelah mata dengan #SolidarityWithKarim pada setiap posting menjadi...

Bayi Lelaki Ditemui Dengan...

KUALA LUMPUR – Seorang bayi lelaki ditemukan dengan kesan kecederaan dipercayai akibat gigitan...

Bruce Selesai Transformasi Jadi Wanita, “Panggil Saya Caitlyn”

SELEPAS membuat pengumuman mengejutkan mahu menukar identitinya daripada seorang lelaki kepada wanita beberapa bulan lalu, Bruce Jenner kini tampil berbeza.

Susuk tubuh dan wajahnya persis seorang wanita! Itu reaksi pertama kebanyakan peminat apabila melihat bekas pemenang pingat acara decathlete Sukan Olimpik itu sebagai penghias sampul majalah Vanity Fair terbaru.

Keluarga Sokong Keputusan Bruce Jenner Tukar Jantina

2941D2C600000578-3106132-Behind_the_scene_Seen_here_in_an_outtake_from_a_Vanity_Fair_vide-a-2_1433190048096

Memetik laporan portal Dailymail, bapa tiri kepada selebriti sensasi Kim Kardashian ini memilih untuk mengenakan sepasang baju dalam sutera basque berwarna putih, lantas menampakkan bentuk implan payudaranya yang baru dibuat.

Bruce turut mendedahkan nama barunya dalam majalah sama, “Panggil saya Caitlyn.”

Sekali imbas, wajah Bruce atau Caitlyn memang saling tak tumpah seperti aktres drama bersiri popular, American Horror Story iaitu Jessice Lange. Sebiji kan?

rs_560x415-150601141505-1024.Caitlyn-Jenner-Jessica-Lange.ms.60115

Selain itu, Bruce turut mendaftarkan satu akaun baru, Caitlyn Jenner yang terus mendapat perhatian hingga diikuti lebih sejuta peminat dalam masa yang singkat.


Untitled

Tulisnya di laman makro tersebut, “Saya sangat gembira setelah melalui pelbagai cabaran untuk hidup sebagai diri sendiri. Selamat datang ke dunia, Caitlyn. Tak sabar untuk membuatkan kesemua anda mengenalinya/saya.”

Bagaimanapun dia akui, pada satu masa dia diserang ketakutan apabila melihat dirinya yang sedang melakukan transformasi.

“Apa yang telah saya lakukan? Apa yang telah saya lakukan kepada diri saya?” ujarnya kepada diri sendiri selepas tersedar dari pembedahan kosmetik selama 10 jam, pada 15 Mac lalu.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Vanity Fair – Penggambaran Kulit Majalah Bersama Caitlyn Jenner

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori