SEORANG budak lelaki yang baru berusia 11 tahun berhadapan dengan hukuman digantung seumur hidup daripada bermain rugbi kerana telah menyerang pengadil dalam perlawanan.
Memang lumrah dalam setiap pertandingan sebegitu, pengadil selalunya akan menjadi sasaran jika ada sesuatu perkara yang tidak memuaskan hati berlaku.
Namun, tindakan budak lelaki itu ketika dalam perlawanan kanak-kanak untuk Kesatuan Rugbi di Auckland agak kasar dan mengejutkan kerana dia telah menjatuhkan pengadil dan menumbuknya selepas dilayangkan kad kuning.
Dia kemudiannya diarah keluar padang dan dilihat tertekan dan tidak membuat sebarang protes mengenainya.
Walau bagaimanapun, tidakkah dia terlalu muda untuk dikenakan tindakan gantung seumur hidup dalam permainan ini?
Sumber yang membuat kajian mengenainya mendapati rata-rata orang ramai tidak bersetuju dengan hukuman yang dikenakan kepada budak lelaki itu.
Dia terlalu mentah untuk menilai mana yang baik dan buruk, jadi pada usianya inilah didikan serta perhatian sepenuhnya perlu diberikan untuk membentuk dirinya ketika dewasa nanti.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=qF55ecZY1mc