TANZANIA – Inillah wajah kanak-kanak albino yang cuba dijual oleh bapa saudaranya kepada seorang dukun pada harga beriburibu ringgit agar budak itu boleh dibunuh dan tubuhnya dijadikan tangkal azimat untuk mendapatkan tuah serta kekayaan.
Magareth Khamis, 6, diculik dari rumahnya yang diduduki bersama ibu dan tiga saudara kandungnya oleh lelaki bertopeng, minggu lepas.
Susulan itu seluruh kampung melancarkan gerakan mencari Margareth di serata pelusuk kampung namun gagal menemuinya.
Ketika itu seluruh kampung mengetahui bahawa mereka tidak akan dapat  menemui Margareth lagi dan sudah pasti dia akan dibunuh.
Namun nasib baik polis mendapat maklumat seorang lelaki cuba menjual seorang kanak-kanak pada harga berpuluh ribu dan polis berkenaan kemudiannya  menyamar sebagai pembeli.
“Selepas kami menerima maklumat berkenaan, kami telah memasang  perangkap dan menahan lelaki terbabit yang juga bapa saudara kepada Margareth yang berusia 44 tahun,’kata jurucakap polis.
Terdapat sekurang- kurangnya 75 kes bunuh dikesan berlaku di Tanzania dalam masa 15 tahun melibatkan mangsa Albino dan dikhuatiri dengan pilihan raya yang bakal menjelang tiba, lebih banyak mangsa akan menjadi sasaran. – MYNEWSHUB.CC