Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

PRU15: KJ Balik Rembau...

SUNGAI BULOH – Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin...

Cubaan Larikan Mesin ATM...

PONTIAN - Cubaan dua lelaki melarikan RM 160,000 dari sebuah mesin pengeluaran wang...

Pastikan Maklumat Sahih Sebelum...

CYBERJAYA - Adakah semua maklumat yang terpapar di internet, khususnya melalui media sosial...

UiTM Tak Mohon Permit...

KUALA LUMPUR - Tiada permohonan dibuat oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) atau pihak...

Budak Lelaki Guna Duit Tabung, Jahit Baju Untuk Gelandangan

BERHATI mulia, seorang budak lelaki sanggup mengeluarkan duit simpanannya agar dapat membuat baju untuk orang gelandangan.

Xavier Elliott, 10, yang merasai sendiri pengalaman menjadi seorang gelandangan ketika bapanya bertugas di Iraq kini nekad mahu membantu kanak-kanak gelandangan di sekitar Phoenix dan Arizona di Amerika Syarikat.

10518979_698093350334634_8639923281657018935_n

Xavier dan ibunya, Stepahnie Elliott pernah hidup merempat di enam buah pusat perlindungan gelandangan yang berbeza namun kini mereka kembali berdikari selepas bapanya pulang dari Iraq.

Menyedari kesusahan menjadi gelandangan, Xavier memutuskan untuk menolong golongan tersebut dengan menjahit baju untuk mereka menggunakan mesin jahit ibunya.

Dia sanggup mengeluarkan duit simpanannya untuk membeli kain, butang, zip dan barangan lain untuk mula menjahit.

Xavier bercadang untuk memberikan kesemua baju yang dijahitnya itu kepada pusat perlindungan gelandangan tempatan termasuk Salvation Army, Crisis Nursery dan UMOM New Day Centre, antara pusat perlindungan gelandangan terbesar di Phoenix.


11403448_696486707161965_2949786301856838245_n

Dia juga berharap dapat meneruskan kerja amal yang dilakukannya ini dengan bantuan sumbangan serta sokongan orang ramai di laman Facebook miliknya.

“Saya harap ianya dapat menggalakkan orang ramai untuk membantu saya, membantu orang lain,” katanya.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=a5bgz1JBLuQ

Sumber: Huffington Post

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori