SEORANG pelancong wanita dari Amerika Syarikat dilaporkan maut dibaham singa di taman safari Gauteng Lion Park, Johannesburg, Afrika Selatan, semalam.
Kedegilan wanita itu menutup tingkap kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaikinya membawa padah apabila dia ditarik keluar dan dibaham singa yang terdapat di taman safari tersebut.
Seorang lelaki dipercayai pemandu pelancong turut tercedera ketika cuba menyelamatkan wanita terbabit.
Menurut salah seorang saksi kejadian, Scott Simpson, 28, yang merupakan pekerja di safari tersebut, “Singa datang mendekat di sebelah kiri kenderaan membuatkan pelancong terbabit teruja dan mula mengambil gambar dari jarak dekat. Dia dibaham selepas membiarkan tingkap kereta terbuka.”
Pekerja safari itu kemudiannya bergegas memberikan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut (CPR) namun wanita itu sudah tidak dapat diselamatkan.
Jadi pengajarannya di sini, jangan sesekali mengingkari arahan yang telah ditetapkan oleh pihak safari kerana setiap peraturan yang dikenakan pastinya mempunyai sebab dan alasannya yang tersendiri. – MYNEWSHUB.CC
Oleh:  JASMINÂÂ