Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ringgit Jatuh: Pelajar Tajaan...

WALAUPUN trend matawang Ringgit kini terus jatuh, namun pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan...

Johor Cadang Sediakan Zon...

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor mencadangkan supaya perniagaan spa, refleksologi, urutan dan pusat hiburan...

Benarkah Air Mani Boleh...

Sperma adalah cecair yang keluar dari zakar lelaki semasa ejakulasi. Sperma yang bertemu...

Malim Gunung Kinabalu Digelar...

KUNDASANG - Biarpun mereka tidaklah sesasa pelakon filem namun gambar seorang malim gunung...

Cabang PAS Menyambung, Memulakan Muktamar Hari Ini

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS menyambung sesi muktamarnya manakala Dewan Muslimat dan Dewan Ulamak parti itu memulakan muktamar masing-masing hari ini sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-61.

Muktamar Dewan Pemuda yang telah bermula semalam, bersambung hari ini di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam dengan beberapa agenda, termasuk sesi pemilihan kepimpinan bagi tempoh 2015-2017.

Pemilihan yang dijadualkan berlangsung pada tengahari ini menyaksikan penyandang jawatan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat dicabar Anggota Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Sementara penyandang Timbalan Ketua Pemuda Muhammad Khalil Abdul Hadi dicabar Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob, yang mana 736 perwakilan dewan itu dijangka akan mengundi calon pilihan masing-masing termasuk beberapa lagi jawatan dalam dewan berkenaan.

Tidak jauh dari Dewan Jubli Perak, Dewan Muslihat PAS pula memulakan muktamarnya di Pusat Konvensyen Shah Alam, Shah Alam yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Dewan Muslimat parti itu turut mengadakan pemilihan tengahari ini yang menyaksikan jawatan Ketua Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusoff akan dicabar Nuridah Salleh.


Sementara itu, Dewan Ulamak PAS memulakan muktamarnya di Dewan Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak yang dirasmikan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.

Dewan Ulamak juga mengadakan pemilihan bagi jawatankuasa dewan itu tengah hari ini.

Semua keputusan pemilihan membabitkan ketiga-tiga cabang PAS itu dijangka akan diumumkan petang ini.

Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-61 pula akan berlangsung esok sehingga Sabtu ini di Stadium Tertutup Kuala Selangor, Kuala Selangor. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori