Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Bapa Tuntut Keadilan Terhadap...

SHAH ALAM - Suasana pilu menyelubungi Mahkamah Koroner selepas bapa anggota bomba, Mohd....

Wanita Ada Simptom Covid-19...

IPOH - Polis sedang mengesan seorang wanita mengalami simptom wabak koronavirus (Covid-19) yang...

Audio Mirip Anwar, Zahid:...

MARANG - PAS menyifatkan penyebaran rakaman audio didakwa melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri...

Lebih 100 Rumah Atas...

Lebih 100 rumah atas air roboh manakala sekurang-kurangnya 500 rumah terancam akibat hujan...

Cabutan Bertuah: 2 Jurujual Didakwa Beri Pernyataan Palsu

KUALA LUMPUR – Akibat memberi pernyataan palsu menerusi peraduan cabutan bertuah, dua jurujual dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Yeo Wille, 20, dan Yusuf Awang, 25, yang didakwa secara berasingan, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesalahan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan.

Yeo dan Yusuf didakwa memberikan pernyataan palsu kepada Chan Yat Keong, 62, seorang penjual buah, berhubung peraduan cabutan bertuah untuk memenangi hadiah wang berganda atau yang setara dengannya.

Tindakan itu menyebabkan Chan menyerahkan wang tunai RM50,000, namun sebenarnya tiada hadiah yang setara ditawarkan.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di tempat letak kereta pasaraya NSK Kuchai Lama, Brickfields di sini pada pukul 10 pagi, 28 April lepas.


Yeo dan Yusuf yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 20 (b) Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 21 Akta sama dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM250,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Tan Sew Ping menawarkan wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin kepada setiap tertuduh, namun hakim membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 27 Julai depan untuk sebutan semula. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori