Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

11 Daerah Di 5...

PUTRAJAYA: Sebanyak 11 daerah di negeri Kelantan, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor...

Video: Saat-Saat Cemas Gempa...

SATU video yang memaparkan aksi cemas di kawasan perkhemahan gunung tertinggi di dunia,...

PKR Selar DAP Kata...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyelar DAP kerana berkata hanya yang...

PAS Tolak Lamaran PH,...

KUALA LUMPUR – Walaupun pelawaan demi pelawaan dibuat oleh Pakatan Harapan (PH), PAS...

Cuepacs Gesa Kerajaan Segera Umum Kenaikan Gaji Dan Bonus

KUCHING – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu supaya kerajaan segera mengumumkan kenaikan gaji untuk penjawat awam.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata kenaikan itu mestilah lebih baik memandangkan pekerja dalam sektor awam di negara ini berhadapan dengan cabaran kos sara hidup yang masih jauh jurangnya dengan kadar upah yang diterima.

“Penjawat awam kini tertanya-tanya bila lagi kerajaan akan mengumumkan kenaikan gaji, bulan puasa ini ada atau tidak ada bonus.

“Inilah masa yang terbaik untuk kerajaan umumkan kenaikan gaji, elaun, elaun wilayah serta penambahbaikan 252 skim gaji dan elaun penjawat awam bagi mengurangkan bebanan mereka dalam keadaan ekonomi tidak menentu kini,” katanya ketika berucap pada Majlis Penghargaan Hari Pekerja 2015 dan Malam Mesra Hari Gawai 2015 di sini, malam tadi.


Beliau berkata walaupun keadaan kewangan negara kurang stabil ketika ini tetapi ia bukan alasan untuk kerajaan tidak mengumumkan kenaikan gaji kepada penjawat awam yang telah menunjukkan komitmen dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Azih berkata kepimpinan Cuepacs akan terus memperjuangkan hak dan kebajikan penjawat awam di negara ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori