Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kumpulan Azmin Jumpa Mahathir

BEBERAPA pemimpin dari ‘kumpulan’ Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tiba di Yayasan Al...

UMNO Pahang Berikrar Teguh...

JERANTUT - Badan Perhubungan UMNO Pahang berikrar akan terus teguh mempertahankan Perdana Menteri...

Bekas Tunang Tidak Terkejut,...

PENGAKUAN penyanyi Adira yang mendedahkan telah bergelar isteri kedua kepada seorang Datuk Seri...

Polis Tembak Mati 2...

MIRI - Polis menembak mati dua lelaki warganegara asing yang dipercayai terlibat dalam...

DAP ‘Angkat Kaki’ Keluar Pakatan Andai Hadi Kekal Presiden PAS

Parti Tindakan Demokratik (DAP) diramal bakal meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) sekiranya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal menjawat jawatannya selepas muktamar minggu ini.

Andaian tersebut dinyatakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan kepada akhbar Sinar Harian.

Ujar Ahli Parlimen Temerloh itu, tindakan drastik tersebut akan dilakukan DAP berikutan parti itu akan menghadapi kesukaran untuk ‘menjinakkan’ Hadi.

TERDAHULU: Mohamad Sabu Yakin PAS Kekal Dalam Pakatan

MUKTAMAR_PAS_60TH_180914_TMINAZIRSUFARI_06

“Pemimpin PAS itu mempunyai pendirian tegas dan sukar mengubah keputusan yang dibuat.

“Saya lihat DAP menunggu keputusan muktamar kerana pemimpin yang dipilih bakal mencorakkan PAS dalam PR, sekiranya Hadi masih dikekalkan menerajui PAS, kemungkinan besar DAP keluar PR.

“Saya ramal perkara ini berdasarkan kenyataan mereka sebelum ini.”

Sementara itu, Nasrudin turut berkata, hubungan sebumbung PAS dan DAP dalam PR diibaratkan retak menanti belah akibat isu Hudud serta tindakan DAP yang sering menyerang PAS tanpa henti.


“Atas dua alasan itu, saya lihat PAS dan DAP ini boleh diibaratkan retak menanti belah.

“Dalam menangani masalah ini, PAS dan DAP perlu duduk semeja dan membincangkan perkara ini bagi memulihkan keadaan selepas muktamar ini.

“Sebolehnya PAS tidak ingin konflik yang berlaku ini tanpa ada pemulihan.”

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Muktamar PAS – Ucapan Penrasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori