Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tun Arifin Kutuk Peguam...

PUTRAJAYA - Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria dan Peguam Negara, Tan Sri...

Penduduk Terkejut Kehadiran Bangkai...

KOTA KINABALU: Penduduk Pulau Mantanani, Kota Belud dikejutkan dengan penemuan bangkai ikan paus...

Aon Hewitt Senarai Eco...

KUALA LUMPUR - Agensi berkaitan sumber manusia, Aon Hewitt menyenaraikan sebanyak 10 syarikat...

Anwar Pengerusikan Mesyuarat Khas...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad mempengerusikan Mesyuarat Khas...

DAP, PKR Akan Bentuk Pakatan Baharu – Kit Siang

KUALA LUMPUR – DAP mengumumkan akan bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pihak berperanan politik yang lain bagi membentuk satu gabungan baharu untuk menggantikan Pakatan Rakyat.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, gabungan baharu tersebut akan bekerjasama dengan menggunakan prinsip seperti yang terkandung dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang diabaikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Pakatan Rakyat meraih 53 peratus undi popular pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bukan kerana rancangan PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud.

“Pakatan Rakyat mendapat undi popular itu kerana pengundi pada PRU13 mengharapkan sebuah tadbir urus yang terkandung dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

“Majoriti sokongan pengundi dicapai oleh Pakatan Rakyat pada PRU13 tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan tujuan agama atau mazhab sama ada pelaksanaan hudud atau negara Islam,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Justeru, Kit Siang berkata, pelanggaran Dasar Bersama Pakatan Rakyat oleh PAS sebenarnya melanggar mandat yang diberikan oleh 53 peratus pengundi kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13.

Katanya, beliau percaya, ramai pihak masih yakin dengan prinsip dan agenda Dasar Bersama Pakatan Rakyat walaupun Pakatan Rakyat tidak lagi wujud. - MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=aRqXp59CHmA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori