Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

PPDNKK Kedah Rampas 3,400...

BUKIT KAYU HITAM - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kedah...

Piala Malaysia: Pahang, JDT...

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Pahang meneruskan rentak cemerlang dalam kempen Piala Malaysia...

COVID-19 | Kes Meningkat...

Sebanyak 2,720 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 4,651,651.Ikuti...

2 Anggota Polis Antara...

KUALA LUMPUR - Dua anggota polis adalah antara 345 individu yang ditahan dalam...

DAP Tunjuk Kuasa ‘Hapuskan’ UMNO Di P.Pinang

GEORGE TOWN – Jika betul-betul hendak sangat mencari bangunan dengan jelas ada ciri-ciri yang langgar peraturan pihak berkuasa tempatan, memang banyak di sekitar bandar raya ibu negeri Pulau Pinang itu.

Ini belum lagi premis perniagaan dan gerai bukan Melayu yang sengaja mengganggu kelancaran lalu lintas dan sebagainya termasuk menghalang langsung jalan tersebut tanpa ada papan tanda rasmi makluman penutup laluan.

Ironi pada Jumaat yang dianggap sebagai penghulu segala hari, kawasan bangunan UMNO Pulau Pinang di Jalan Macalister menjadi ‘mangsa’ sasaran operasi anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Mereka bertindak meroboh struktur tulisan UMNO di pekarangan Ibu Pejabat UMNO negeri tersebut sehingga mencetuskan kekecohan apabila beberapa anggota Pemuda UMNO Pulau Pinang cuba menghalang kerja-kerja itu.

Setakat ini tidak pasti apakah salah silapnya kerana struktur perkataan UMNO yang terletak di tepi jalan itu adalah dalam kawasan tanah milik JKP Sdn. Bhd., syarikat pengurusan bangunan parti berkenaan sendiri.

Tindakan itu telah mencetuskan kemarahan kalangan pimpinan UMNO negeri malah reaksi sama dapat dilihat menerusi komen-komen apabila kisah berkenaan tersebar pantas dan menjadi viral menerusi laman Facebook.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim menyifatkan tindakan kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP merobohkan struktur tulisan UMNO di Ibu Pejabat UMNO negeri itu sebagai kurang ajar.

Beliau bahkan menilai tindakan tersebut seakan satu tindakan provokasi dan sengaja ‘cari pasal’ ketika umat Islam sedang menunaikan ibadah puasa hari kedua dalam bulan Ramadan yang mulia, katanya dalam satu kenyataan.

“Sebenarnya struktur itu memang terletak dalam kawasan tanah JKP Sdn. Bhd. Apa salahnya bincang dulu dengan pihak pengurusan UMNO sebelum roboh,” ujarnya yang disiarkan Facebook Pemuda UMNO Pulau Pinang.


Rafizal yang turut berada di tempat tersebut menyaksikan sendiri ‘keganasan’ Kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum itu dilihat cuba campur tangan berunding dengan penguat kuasa MBPP, namun usaha diplomasinya itu gagal.

Kecewa tindakan ‘sifar’ tolak ansur MBPP, beliau menyelar Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai amat zalim sehingga sanggup ‘memperkudakan’ anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan yang berbangsa Melayu.

“Sememangnya Ketua Menteri takut pada bayang-bayangnya sendiri dan kerap bermain dengan api,” kata Rafizal dan ramai melihat tindakan itu secara kebetulan bagi mengalih perhatian ekoran perpecahan parti pembangkang.

Sementara itu, portal berita AgendaDaily melaporkan, notis MBPP menyatakan kesalahan UMNO adalah kerana sengaja mendirikan struktur pembinaan secara haram yang saiznya berukuran lebih kurang 10 x 12 kaki.

Ia sekali gus menyalahi Seksyen 70 undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan itu dan tindakan yang diambil bersifat ‘serta-merta’ dengan notis ditandatangani Tan Lin Hai, arkitek kanan Jabatan Kawalan Bangunan MBPP.

Namun, tinjauan menerusi laman sosial menunjukkan, ramai netizen mempertikaikan tindakan MBPP itu sebagai bersifat politik bagi menyorok masalah kronik pakatan pembangkang ketika ini. – Agensi/Mynewshub/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori