SETELAH hampir setahun berlalu, pelakon kacak Dazrin Kamaruddin mengakui jiwanya terseksa apabila niatnya untuk memperisterikan Amyra Rosli berkecai selepas majlis pernikahan mereka dibatalkan atas persetujuan bersama.
Kata Dazrin, dia mengambil masa kira-kira 5 bulan untuk menenangkan fikirannya berikutan tidak dapat memberi fokus karier lakonan sehingga terpaksa menolak beberapa tawaran yang diterima.
“Sebenarnya lima bulan saya mendiamkan diri kerana tidak boleh bekerja dan hilang fokus selepas kejadian tersebut.
“Dalam tempoh waktu itu, saya hilangkan diri sekejap untuk kenal diri semula dan atas nasihat rakan-rakan baru saya kembali berlakon,†katanya kepada mStar Online.
Menurut Dazrin, sepanjang tempoh waktu berehatnya itu dia banyak menghabiskan masa membuat pengubahsuaian rumah yang baru dimiliki.
Terdahulu, Dazrin yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan bersama pelakon Amyra Rosli pada 8 Ogos 2014 terpaksa membatalkan hasrat berkenaan pada saat-saat akhir atas sebab-sebab yang dirahsiakan. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=e7yAPpMVJLU
Oleh: CARRIE
Sumber: mStar Online