Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kenderaan Dicuri Akibat Kecuaian...

Kuala Lumpur: Mahkamah Majistret Kuantan memutuskan bahawa kecuaian pemilik meninggalkan kenderaan di tepi...

NASA Beri Amaran, Jerebu...

PARA saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Nasional (NASA) Amerika Syarikat (AS) memberi...

Mukhriz Mahathir Cadang Kerajaan...

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan menurunkan kadar...

4 Ditahan Kes Bunuh...

NILAI - Polis menahan empat individu yang dipercayai dapat membantu siasatan kes penemuan...

DBKL Halang Busker Tempatan Cari Makan, Tapi Busker Asing…

APALAH salah kumpulan penghibur jalanan atau dikenali sebagai busker yang cuba mencari rezeki sambil berkongsi bakat bermain muzik sehinggakan mereka dihalang oleh pihak berkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)?

Dakwaan tersebut dibuat Presiden Kelab Penghibur Jalanan Malaysia (MYBC) Wady Hamdan, yang meminta agar DBKL lebih bertimbang rasa terhadap busker yang memiliki permit membuat persembahan.

Ujar Wady, dia telah menerima beberapa aduan daripada busker yang membuat persembahan di sekitar kawasan Sogo dan Bukit Bintang tentang perkara tersebut.

Memetik kenyataannya dalam laporan Astro Awani, “DBKL sering memberi notis bagi menyekat aktiviti busking walaupun busker mempunyai permit. Di Sogo kini dimaklumkan aktiviti busking tidak boleh dijalankan pada Sabtu dan Ahad. Begitu juga dengan Bukit Bintang yang sering disalahkan dengan kehadiran pengunjung yang luar biasa.”

81425618719_295x200
Wady Hamdan, Presiden Kelab Penghibur Jalanan Malaysia (MYBC)

Lantas, Wady mempersoalkan tindakan berkenaan yang dibuat oleh pihak DBKL, “Adakah aktiviti busking yang menarik minat masyarakat kini menjadi satu kesalahan?”

Lagi menambahkan ketidakpuasan hati, menurut Wady, pada saat pihak berkuasa terbabit menghalang busker tempatan menghiburkan orang ramai, busker asing dilihat terus bebas mencari rezeki walaupun tidak memiliki permit.

“Di mana arah objektif tersebut? Busker asing masih bebas busking secara terbuka tanpa sebarang permit. Kita bukan menghalang aktiviti busker luar, tetapi apakah kelebihan permit yang dimiliki?”

Menurut Wady, sepatutnya pihak DBKL membenarkan busker meneruskan aktiviti mereka kerana ia dapat membantu dari sudut pelancongan selain memeriahkan suasana di setiap sudut ibu negara.

maxresdefault


Wady turut mengharapkan agar pihak berkuasa menyokong pembangunan seniman jalanan dan tidak menghalang mereka yang memiliki permit untuk menjadi penghibur orang ramai.

Kalaulah dakwaan yang dibuat ini benar, maka DBKL seharusnya mengambil pendekatan lebih bijak dalam merencanakan kemeriahan di sekitar Kuala Lumpur.

Rasanya, tak salah untuk busker meneruskan persembahan mereka di kawasan-kawasan tumpuan selagi ia tidak mengancam keselamatan mahupun ketenteraman, kan?

Janganlah DBKL menyekat rezeki mereka kerana mereka cuma ingin menonjolkan sisi bakat yang ada demi sesuap nasi.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

https://www.youtube.com/watch?v=oHzVnzeQOqw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori