Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pangku Menteri Pendidikan Sementara...

LANGKAWI - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau akan melepaskan...

Daya Ingatan LGE Pudar...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Liang Teck Meng...

Maki Anggota Keselamatan, Keeper...

GEORGE TOWN - Penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT II), Mohd Anis Faron...

Bekas Kekasih Tiz Zaqyah...

PERKHABARAN mengenai status solo pelakon cantik, Tiz Zaqyah yang melonjak naik namanya menerusi...

Dialog PM Bersama NGO Di PWTC Dibatalkan

KUALA LUMPUR – Program Dialog bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini dibatalkan setelah berlaku kekecohan di luar dewan.

Pengumuman pembatalan itu dibuat pengacara majlis pada 10.30 pagi berikutan berlaku kekecohan dan pergaduhan dan polis menahan seorang suspek dalam insiden berkenaan.

Dianggarkan 1,500 peserta daripada NGO hadir sejak 9 pagi ini untuk berdialog dengan Perdana Menteri.

Sebelum itu penganjur mengumumkan penundaan majlis dialog PM bersama NGO namun meneruskan program itu tanpa kehadiran Perdana Menteri dan ia dimulakan dengan ucapan panel jemputan iaitu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Ucapan Dr Mahathir bagaimanapun diberhentikan separuh jalan dan penganjur kemudian mengumumkan pembatalan program itu.

Terdahulu pagi ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam akaun Twitternya mengarahkan supaya majlis dialog itu dibatalkan demi ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=56IAvXRNy7Y

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori