Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Taktik Sewa Dua Bilik...

JITRA - Seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan teman lelakinya sanggup...

Ahli Parlimen Kerajaan Kemuka...

SHAH ALAM - Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengesahkan usul undi...

Banjir: 49 Penduduk Di...

KUANTAN - Seramai 49 penduduk dari Kampung Orang Asli Batu 55 dan Kampung...

Lebuh Raya Kita Antara...

SISTEM lebuh raya di Malaysia yang meliputi jarak 2,000.58 kilometer (KM) ketika ini,...

Disney Haramkan Penggunaan Monopod Di Taman Tema

DISNEY dalam satu kenyataan rasmi dilaporkan telah mengharamkan penggunakan kayu selfie atau lebih dikenali sebagai monopod dalam taman tema di seluruh dunia bermula Selasa ini.

Memetik laporan akhbar USA Today, Disney memutuskan keputusan itu atas faktor-faktor keselamatan para pengunjung.

selfiesticksatdisneyland

“Kami sentiasa mahu menyediakan pengalaman yang indah untuk seluruh keluarga tetapi monopod itu telah menjadi kebimbangan ke atas keselamatan pengunjung dan pelakon kami,” kata jurucakap Disney Kim Pruty dalam satu kenyataan.

Difahamkan, pengharaman itu berkuat kuasa pada Selasa bagi empat taman tema Walt Disney World di Florida, dua taman tema Disneyland di California dan DisneyQuest di Orlando.

Manakala, larangan penggunaan monopod di taman tema Disneyland di Paris dan Hong Kong akan berkuat kuasa bermula 1 Julai (Rabu).


Bagaimanapun, pengunjung yang berada di hotel dan resort milik Disney masih boleh menggunakan monopod.

Pada minggu lepas, sebuah roller coaster di sebuah taman tema Disney di California terpaksa diberhentikan separuh jalan selepas seorang penumpang mengeluarkan kayu monopod.

– MYNEWSHUB.CC

Sumber: Awani

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori