Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Perdana Menteri Lancar LJK8...

SEREMBAN - Ramadan kali ini membawa berita gembira buat penduduk di 433 kampung...

2 Lagi Suspek Bunuh...

MEDAN - Dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian pembunuhan kejam lima sekeluarga...

PRU14: Pairin Terus Berahsia...

KOTA KINABALU - Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan...

PM Lancar Azalea Gabungan...

BERSEMANGAT... Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rangkaian sahabat puteri Barisan Nasional (BN)...

Doa Izzue Islam Untuk Isteri Tercinta Buat Ramai Sebak

BARU-BARU ini, pelakon kacak Izzue Islam telah mengadakan satu majlis sambutan hari lahir ke-25 di Shah Alam, semalam yang dihadiri keluarga, rakan dan peminat.

Menariknya, ketika majlis itu berlangsung anggota kumpulan Forteen itu sanggup mengenakan kostum watak kartun popular, Bugs Bunny demi membuat kejutan buat isteri merangkap pengurusnya, Awin Nurin.

“Awin suka tengok maskot, setiap kali ternampak maskot  dia mesti kata benda tu comel, jadi hari ini saya sarung kostum untuk beri kejutan kepada dia.

“Ia juga sebagai tanda saya menghargai usaha isteri terhadap saya selama ini. Isteri saya banyak membantu saya, terutama dalam kerjaya lakonan dan nyanyian, kiranya saya jadi Bunny antara cara untuk mengembirakan hatinya,” ujar Izzue Islam.

Sifat romantis yang ditonjolkan Izzue Islam dengan melakukan kejutan kepada isterinya pada majlis itu mencuri tumpuan tetamu yang hadir.

izzue4 izzue1


Malah, Izzue Islam turut menghadiahkan seutas rantai buat Awin sebagai simbok kasih sayang mereka.

Menerusi laman Instagramnya, aktor lelaki itu turut menulis ucapan berupa doa sempena hari jadinya yang membuatkan ramai yang sebak.

Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu yang telah memanjangkan jodoh ku bersama isteriku Nurinafilah binti Waharudin sehingga kesaat ini. Di hari jadiku ini, aku mohon pada Mu agar kekalkanlah nikmat Mu ini keatas kami dan jadikan lah kami berdua suami isteri di dunia dan di akhirat. Jadikanlah kami suami dan istri yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan dikala jauh, saling menghibur dikala duka, saling mengingatkan dikala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan serta saling menyempurnakan dalam peribadatan. Aminnn Ya Rabbal Alaminn

Sesungguhnya, cinta dan kasih sayang Izzue Islam terhadap Awin amat jelas di mata peminat hiburan dan pengamal media.

Kita doakan moga Izzue Islam dan Awin bahagia selamanya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori