Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sistem Bil Bersama Air...

SHAH ALAM - Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli bercadang untuk melaksanakan sistem...

Teater Olabola: Penonton Bakal...

KUALA LUMPUR – Penonton ‘OlaBola The Musical’, yang berdasarkan filem pada 2016, ‘OlaBola’,...

Tanggal 31 Ogos 1957,...

UMUM mengetahui tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh bersejarah penuh keramat buat semua...

Gempar Langit Mekah Gelap,...

Keinsafan menyelinap dalam sanubari apabila mendengar perkhabaran kisah aneh yang sedang melanda bumi...

Doktor Disaman Kerana Sindir Alat Sulit Pesakit Kecil

Virginia – Ketika anda sedang terbaring tidak sedarkan diri di dalam bilik bedah, anda tentu tidak akan menyangka bahawa doktor akan mentertawakan alat sulit anda dan bergurau bahawa anda dijangkiti Ebola.

Tetapi itu yang berlaku kepada seorang pesakit lelaki di Reston yang mengetahui mengenai keadaan tersebut selepas dia merekodkan perbualan itu melalui telefon bimbitnya tanpa disedari oleh doktor terbabit.

Dia merakamkannya dengan tujuan untuk mengingatkannya apa yang perlu dilakukan selepas pembedahan tersebut bagi proses pemulihan, tetapi lain pula jadinya.

Doktor terbabit iaitu pakar bius, Tiffany M Ingham tidak mengetahui mengenai telefon bimbit tersebut dan telah memperbodohkan dirinya dengan bergurau `kasar’.

“Selepas lima minit melayan kau di bilik bedah ini, aku rasa nak tumbuk muka kau dan jadikan kau jantan,’’ katanya.

Gurauannya tidak berakhir di situ apabila dia memberi amaran kepada pembantu perubatan supaya tidak menyentuh alat sulit pesakit lelaki tersebut kerana bimbang dijangkiti siplis di tangan.


“Ia mungkin juga tuberculosis di buah zakar,’’ katanya.

Gurauan oleh Ingham itu telah menyebabkan beliau dan hospital tersebut menitis air mata apabila pesakit terbabit menang tuntutan saman berjumlah lebih RM600,000 kerana memalukannya dan menyalahi etika perubatan.

Mungkin selepas ini Ingham patut mendiamkan diri sahaja.

 

https://www.youtube.com/watch?v=kuSLfF0RGPc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori