Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

UMNO, PAS, BERSATU Wujud...

KUALA LUMPUR - UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sudah memutuskan...

Dunia Bersatu Bantah Kekejaman...

MELAKA - Pertubuhan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) mendesak negara-negara ASEAN, Pertubuhan Bangsa...

PBT Digesa Pakai Panduan...

SHAH ALAM – Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa mengguna pakai garis panduan...

“Pogba Boleh Jadi Pemain...

MICHAEL Owen menyifatkan Paul Pogba boleh menjadi pemain terbaik di dunia jika dia...

Doktor Keluarkan 420 Batu Daripada Buah Pinggang

CHINA – Seorang penggemar makanan tofu terkejut selepas mendapati 420 batu ginjal telah dikeluarkan oleh doktor dalam satu pembedahan yang dilakukan di sebuah hospital.

Lelaki itu, He, 55, berkata, batu ginjal itu terbentuk akibat kurang minum air dan makan tofu yang mengandungi kalsium yang tinggi setiap hari.

Penyakitnya itu hanya diketahui selepas He mendapatkan rawatan doktor akibat kesakitan di bahagian bawah perut.

Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor terkejut apabila mendapati buah pinggangnya dipenuhi dengan batu.

Pembedahan terpaksa dijalankan segera selepas He tidak boleh minum air lagi dan jika ditangguhkan, kemungkinan besar He terpaksa mendapatkan buah pinggang yang baru.

Menurut doktor yang merawatnya, Dr. Wei, beliau sendiri terkejut apabila menemui terlalu banyak batu dalam buah pinggang He.


“Saya tidak pernah menyaksikan batu yang begitu banyak dan kami mengambil masa selama dua jam 45 minit untuk mengeluarkan batu tersebut.

“Ketika pembedahan hampir berakhir, barulah saya sedar betapa lengan dan kaki saya kebas kerana terpaksa mengutip 420 batu yang pelbagai saiz dan warna,’ katanya.

Dr. Wei berkata, kebanyakan tofu yang dijual di Dongyang mengandungi terlalu banyak kalsium dan ini mendorong kepada pembentukan batu karang. Kurang minum air juga akan menyebabkan kalsium itu.

– MYNEWSHUB.CC

https://youtu.be/rqgTpPDWYYw

  • Lagi berita berkaitan:
  • pelik

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori