Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Nukilan Menyentuh Hati Anak...

SETIAP orang pasti ada kisah tersendiri bersama insan bergelar bapa. Begitu jugalah dengan...

PNB Umum Dividen 6.40...

KUALA LUMPUR - Amanah Saham Nasional Bhd, anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional...

Jual Porsche Bekas Suami...

Melbourne – Seorang wanita yang marahkan bekas suaminya kerana curang kepadanya telah membalas...

Hati-Hati, Ramai Dah Ditipu...

HARI ini, inbox Facebook Mynewshub telah menerima 'kunjungan' seorang netizen yang meminta kami bantu tularkan seorang wanita yang...

Dua Beradik Maut Minum Racun Dalam Air Cola

China – Dua beradik yang baru berusia lapan dan 14 tahun meninggal dunia dalam keadaan tragis selepas minum cola yang mengancungi racun, dipercayai dimasukkan oleh saudara lelaki mereka yang berusia 12 tahun.

Budak lelaki itu yang tidak didedahkan namanya memberitahu polis, dia telah meracun adik dan kakaknya dalam kejadian mengejutkan di sebuah kampung di Hunan.

Dua beradik itu rebah ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah.

Darah dikesan mengalir dari mulut kedua beradik itu dan mereka meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Doktor mengesahkan kedua-duanya meninggal dunia akibat racun Tetramine.

Kejadian itu berlaku kurang tiga bulan selepas tragedi sama menimpa seorang budak lelaki yang berusia enam tahun, yang maut selepas makan gula-gula mengandungi racun tikus.


Budak itu ditemui oleh ibu bapanya di luar rumah dalam keadaan mata, telinga dan mulut berdarah. Dia meninggal dunia di hospital.

Menurut keluarganya, budak itu menemui gula-gula tersebut ketika bermain di padang dan menelannya tanpa mengetahui ia mengandungi racun tikus.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=-4eRsBdvJj4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori