Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Dakwaan Warga Labuan Tidak...

LABUAN - Dakwaan bahawa warga Labuan yang bekerja dalam industri minyak dan gas...

Penduduk Tawau Sambut Positif...

TAWAU – Usaha kerajaan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris masyarakat luar bandar menerusi...

Tiada Kompromi Jika Peniaga...

KUALA LUMPUR - Semua tapak perniagaan yang disediakan di Wilayah Persekutuan adalah untuk...

Amisah Laskar Kanan Wanita...

KUALA LUMPUR - Anak kelahiran Sabah, Amisah Kuiming memecahkan tradisi apabila diangkat sebagai...

DUPS Cabar DAP Pecat Ahli PAS Di Pulau Pinang!

KUALA LUMPUR – Dewan Ulamak PAS Selangor (DUPS) mencabar DAP Pulau Pinang memecat semua ahli PAS yang memegang jawatan lantikan kerajaan negeri itu.

Setiausaha DUPS, Muhammad Najhan Halim berkata, DAP jangan berdolak-dalik mengenai perkara itu jika benar-benar ingin melihat PAS tiada dalam kerajaan Pulau Pinang.

“(Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng bertindak tidak profesional dan menunjukkan amarahnya apabila meminta semua ahli PAS yang memegang jawatan di Pulau Pinag meletakkan jawatan masing-masing atas alasan kerajaan Pulau Pinang dipimpin DAP.

“Lupakah Guan Eng kerajaan DAP adalah dimenangi secara bersama dalam pakatan rakyat dan kerajaan itu adalah kerajaan bersama (PAS).

“Sekiranya DAP benar-benar ingin melihat PAS tiada dalam kerajaan Pulau Pinang, lebih senang, cepat dan lebih profesional Guan Eng sendiri sebagai Ketua Menteri memecat semua Ahli PAS dalam jawatan lantikan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Muktamar PAS di Kuala Selangor, Selangor baru-baru ini meluluskan usul memutuskan kerjasama dengan DAP yang merupakan salah satu parti dalam pakatan rakyat.

Berikutan itu, DAP meminta semula ahli PAS yang memegang jawatan kerajaan negeri dibawah pentadbiran DAP supaya meletak jawatan kerana tiada lagi kerjasama antara kedua-dua parti tersebut.


Muhammad Najhan dalam pada itu mengingatkan ahli PAS jangan panik berikutan permintaan Guan Eng tersebut sebaliknya terus memberi kepercayaan kepada barisan kepimpinan PAS yang baharu.

Beliau turut mengingatkan kerjasama dan tahaluf siyasi PAS terjalin dengan begitu baik di Selangor di bawah pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Segala urusan kerajaan di Selangor hendaklah diteruskan seperti biasa demi kepentingan dan kepercayaan rakyat yang memberi mandat.

“PAS seharusnya diberi hak laluannya sendiri dan dan bebas untuk menentukan halatujunya tanpa terikat dengan mana-mana pihak. Jangan ada pihak yang cuba untuk mencucuk hidung PAS agar mengikut segala karenah dan kehendak pihak lain khususnya DAP,” tegasnya. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori