Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Petron Perkenal RON100 Di...

SHAH ALAM - Petron Malaysia Refining and Marketing Bhd hari ini memperkenalkan minyak...

Suspek Kesembilan Kes Bunuh...

MIRI - Seorang suspek lelaki berumur 27 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes...

Keputusan Ujian DNA Morais...

KUALA LUMPUR - Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat yang ditemui...

PH Tak Nak Tuduh...

Bawah kerajaan BN dahulu, hutang kerajaan sebanyak RM686.8b dengan nisbah hutang kepada KDNK...

Durian Malaysia Bebas Pewarna Tiruan

GEORGETOWN – Kementerian Pelancongan memberi jaminan buah durian dari Malaysia yang ditawarkan kepada pelancong bebas daripada pewarna tiruan.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Dr Junaida Lee Abdullah berkata, pihaknya dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) sentiasa memantau rapi dengan memastikan bekalan durian diperoleh daripada sumber yang diketahui atau diambil terus dari dusun terpilih.

“Kementerian yakin durian yang ditawarkan kepada rakyat dan pelancong adalah daripada jenis terbaik dan tiada unsur-unsur yang merosakkan nama baik buah durian kita,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Durian Homestay Pulau Pinang di Taman Negara Pulau Pinang hari ini.

Beliau berkata, penganjuran pesta durian sehingga 21 Jun itu menyasarkan menjual 2,000 pakej percutian empat hari tiga malam membabitkan pemilik dusun durian serta 10 pengusaha inap desa di sekitar Teluk Bahang dan Balik Pulau.

“Lebih 18 jenis ‘raja buah’ yang diketengahkan kali ini antaranya Udang Merah, Hor Lor, Musang King, Gan Ja, Kun Poh, Duri Hitam dan Landak. Tahun lepas kita berjaya menjual 1,700 pakej menerusi penerbangan sewa khas dari Hong Kong bernilai RM2.8 juta dengan durian yang dijual secara walk-in mencecah RM313,000,” katanya.

Baru-baru ini isu buah durian dicelup pewarna tiruan menjadi viral di laman sosial dan didakwa berlaku di negara jiran.


Dalam pada itu, Junaida optimis sektor pelancongan tidak begitu terjejas dengan kejatuhan ringgit sebaliknya keadaan itu meningkatkan kuasa beli pelancong asing dan menjadi faktor untuk mereka berkunjung dan tinggal lebih lama di negara ini.

Mengulas bencana gempa bumi di Sabah, beliau berkata kementeriannya menjalankan strategi jangka pendek dalam menarik kedatangan pelancong supaya beralih ke negeri sekitar Semenanjung dan Sarawak.

Beliau turut memohon kerjasama pemain industri seperti pemandu pelancong, supaya menasihati pengunjung mengenai pantang larang dan perbuatan yang disifatkan melanggar adat penduduk tempatan untuk keharmonian bersama.

“Kita sentiasa menyambut ketibaan pelancong namun pada yang sama berharap mereka belajar dan menghormati budaya setempat dan program inap desa sebegini diharap membuka ruang untuk pelancong lebih menghayati adat resam kita,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori