ALHAMDULILLAH, sekarang memang dah nampak makin ramai selebriti wanita yang sudah mula memakai hijab seperti mana yang dituntut agama.
Yang terbaharu, Amy Mastura dan Erra Fazira juga sudah tampil dengan imej sebagai wanita muslimah apabila mengambil keputusan mengenakan hijab.
Namun, dalam pada itu, kedengaran juga cakap-cakap yang mengatakan Erra memakai tudung kerana lelaki yang kini dikatakan rapat dengannya iaitu Shahir yang lahir dari program realiti nyanyian Akademi Fantasia.
Walau bagaimanapun, primadona itu menolak anggapan terbabit sebaliknya mengatakan dia berhijrah tanpa desakan sesiapa.
“Let’s clear our mind about that. Perkara itu langsung tidak benar sama sekali. Penghijrahan ini berlaku bukan atas kehendak siapa-siapa. Itu semua atas diri sendiri. Saya lebih suka dan terima kasih kepada Allah kerana ianya berlaku tanpa desakan siapa-siapa,” katanya memetik mStar.
Semoga Erra terus istiqamah dengan penghijrahannya ke arah yang lebih baik. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=AbT13EGhvYk